MiLo SuaM |
- Najib sewa pesawat RM9.1 juta bercuti ke Perth di Hari Merdeka
- Hantu tanpa nama didaftarkan dalam daftar undi SPR
- Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi
- Pegawai Imigresen mohon maaf kepada pembantu Azmin Ali
| Najib sewa pesawat RM9.1 juta bercuti ke Perth di Hari Merdeka Posted: 27 Sep 2012 02:53 PM PDT MASIH ingat kontroversi percutian Najib Razak tahun lalu? Di saat negara merayakan hari kemerdekaan 31 Ogos, Najib pergi bercuti ke Perth, Autralia rujuk sini [Najib sambut merdeka]. Media-media arus perdana sibuk memainkan isu pesawat peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Sabah dan Sarawak di Hari Malaysia tempoh hari. Walhal perbelanjaan sewa pesawat itu langsung tidak melibatkan wang pembayar cukai (wang rakyat). Sebaliknya percutian Najib Razak di Perth Australia tahun lalu menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.1 juta. Hal ini turut disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Nurul Izzah Anwar [Mkini] Inilah yang dikatakan orang, muncung berkokok ekor bergelumang taik. Berapa banyak manfaat yang boleh digunakan untuk rakyat daripada dibazirkan untuk percutian Najib dan Rosmah? ReJaM© "Sapu Malaysia, Rakyat didungukan, duit diu'tamak'kan... " |
| Hantu tanpa nama didaftarkan dalam daftar undi SPR Posted: 27 Sep 2012 02:32 AM PDT SEMAKAN di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR menemukan satu data yang dipercayai hantu kerana hanya memiliki alamat tempat mengundi, dan nombor kad pengenalan namun tidak memiliki nama. Hantu tersebut menggunakan nombor kad pengenalan 781220-13-5703. Apabila semakan dibuat di laman web semakan daftar pengundi SPR, ia menunjukkan pemilik kad pengenalan akan mengundi di daerah Bintulu Sarawak. ![]() Persoalannya, bagaimana hantu ini boleh tersesat masuk ke dalam daftar mengundi SPR? Nama tiada, tapi nombor kad pengenalan dan alamat tempat mengundi ada. Adakah hantu tanpa nama ini hanya akan menunjukkan dirinya semasa hari mengundi nanti? ReJaM© "Hantu tentulah akan mengundi syaitan yang dikenali... " |
| Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi Posted: 26 Sep 2012 06:37 PM PDT SATU lagi penipuan pilihanraya terbongkar kali ini di Negeri Sabah. Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat mengundi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran upah RM200 terbongkar. ![]() Difahamkan para pengundi (kecuali kaum Tiong Hua) bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) ditawarkan bayaran RM200 untuk menukar tempat mengundi ke kawasan DUN Api-Api. Kegiatan ini dipercayai untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut. Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawah pengurusan kroni seorang timbalan menteri kabinet negeri. Sila tonton video di bawah. Kepada anda warga Sabah yang terlibat, jangan khuatir, terima sahaja upah RM200 itu untuk belanja sekolah anak-anak. Tapi di hari mengundi nanti undilah Pakatan Rakyat. ReJaM© "Jangan subahat dengan penipu! Ini kalilah! Kita ubah bah! " |
| Pegawai Imigresen mohon maaf kepada pembantu Azmin Ali Posted: 26 Sep 2012 08:44 PM PDT MINGGU lalu pembantu khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham dihalang daripada memasuki Negeri Sabah apabila Ketua Menteri negeri itu, Musa Aman menganggap Sabah sebagai negeri bapak dia, rujuk sini [Pembantu khas Azmin]. Warga asing dibiarkan bersepah di Sabah, namun warganegara sendiri dihalang masuk ke Sabah. Hal ini juga rupa-rupa turut tidak disukai oleh para pegawai imegresen yang bertugas. Malah salah seorang pegawai imegresen ketika kejadian itu turut mendedahkan bahawa tindakan ini adalah arahan pihak atasan yang "kecut" dengan kehadiran Hilman ke negeri Sabah. Beliau turut memohon maaf dan mengaku tidak suka dengan kejadian yang berlaku itu. Di bawah ini permohonan maaf yang dihantar oleh beliau kepada Hilman melalui laman sosial Facebook. Hilman Idham dahulunya mahasiswa jurusan Sains Politik UKM yang aktif dalam bidang aktivisme dan politik nasional. Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Politik, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia.Beliau merupakan salah seorang daripada 4 mahasiswa yang mencabar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menang kes tersebut yang terkenal dengan nama UKM4. Beliau juga pernah bekerja di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR-RI) sebagai Assistant Peribadi kepada Ketua Fraksi Partai Gerindra dan kini sebagai Pembantu Khas Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali. Hilman mempunyai jaringan luar negara yang kuat memandangkan beliau terlibat dengan banyak program - program antarabangsa di Eropah dan negara - negara Asia. Maka tidak mustahil beliau ditakuti oleh BN termasuk Musa Aman di Sabah. ReJaM© "Penjawat awam pun ada otak, mereka bukan orang bodoh! " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.