Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Papa Gomo meninggal dunia hanyalah khabar angin dan tidak benar

Posted: 26 Sep 2012 03:00 PM PDT

SEJAK semalam tersebar khabar angin tentang kematian blogger lucah nombor satu Umno si Papa Gomo. ReJaM© turut menerima mesej sebaran "broadcast" melalui Blackberry Messengger, BBM.

Mesej tersebut dihantar oleh pengirim yang memang ReJaM© kenal sangat merupakan askar upahan maya Umno (Cybertroopers) atau sukarelawan mereka yang sebelum ini sering mengirim mesej sebaran menyerang Pakatan Rakyat.

Daripada maklumat yang ReJaM© terima di blog sahabat [ASD], Papa Gomo hanya mengalami masaalah kesihatan dan tidak sampai ke tahap kronik ataupun meninggal dunia. ReJaM© percaya berita kematian ini hanyalah khabar angin yang tidak benar.

   

Difahamkan Papa Gomo terpaksa menyelesaikan masaalah yang sangat kritikal, lantaran kisah blogger lucah itu yang terpalit dengan skandal "Azroy" sudah mula tersebar. Bagaimanapun ReJaM© tidak berhajat untuk mengaibkan beliau di sini.

Daripada mesej yang disebarkan ini menunjukkan berlaku perpecahan teruk di kalangan cybertrooper Umno dan Papa Gomo sejak blogger lucah itu menumbuk muka seorang blogger Umno berusia 55 tahun  sebelum ini, rujuk sini [Papa Gomo Tumbuk].

Cuma ada sedikit kelucuan pada mesej di atas, boleh pulak meninggal dunia dianggap sebagai balasan kerana kurang ajar dengan orang tua kah kah kah... 

Biasalah cybertrooper United Malays No Otak, Umno kah kah kah...

ReJaM© "Papa Gomo, mulai hari ini gua nak panggil lu Azroy boleh? Kah kah kah... "

Orang bukan Islam (Cina) cium tangan Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 25 Sep 2012 11:00 PM PDT

BUDAYA mencium tangan menjadi adat orang Melayu terutama masyarakat Islam di Malaysia. Ia sebagai tanda menghormati ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.

Pada 23 September lalu, Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu.

Sekeping gambar menarik sempat dirakamkan menyaksikan orang bukan Islam, berbangsa cina menunjukkan rasa hormat beliau kepada Mursidul Am Parti Islam, PAS itu.
   
Jelas di sini Tuan Guru Nik Aziz turut dihormati oleh orang bukan Islam meskipun beliau selama ini lantang memperjuangkan Islam melalui Parti Islam, PAS.

ReJaM© "Bangsa Tiong Hwa tak layan media gerombolan... "

[FB]

Pemandu bas turut sertai kempen turunkan harga kereta

Posted: 25 Sep 2012 06:00 PM PDT

SIAPA sahaja manusia yang memiliki akal yang waras, tentu akan bersetuju dengan kempen Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta di dalam misi menawan Putrajaya.

Kisah menarik di Pulau Pinang, pemandu bas turut menyertai kempen tersebut dan turut bersetuju untuk memasang pelekat dan poster "Turunkan harga kereta" di bahagian cermin depan bas yang saban hari dipandunya.
    Rupa-rupanya masih ramai rakyat yang tidak tahu dengan kempen ini. Maka sudah menjadi tugas anda sahabat pembaca yang dihormati semua untuk menyebarkan kempen ini ke seluruh pelusuk negara.

Jangan sampai ada seorang manusia pun di bumi Malaysia ini yang tidak tahu dengan kempen turunkan harga kereta yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ini.

Kenderaan apa pun yang anda bawa, kereta, lori, bas, keretapi, bajak, motorsikal, mahupun basikal, tampalkan poster kempen turunkan harga kereta ini.

Nanti bila harga kereta turun, siapa yang senang? Rakyat juga yang senang. Tapi jangan terkejut kerana ada juga seorang manusia akan jadi tak senang duduk jika harga kereta diturunkan kah kah kah...


ReJaM© "Hanya orang gila tak sokong kempen turunkan harga kereta... "

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger