MiLo SuaM |
| Perhimpunan Bersih jadi soalan peperiksaan di sekolah Posted: 25 Sep 2012 02:56 PM PDT PROPAGANDA untuk memburuk-burukkan Perhimpunan Aman Bersih, menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di ibu negara 28 April lalu turut disebarkan kepada budak sekolah. Lihat bukti gambar di bawah ini. ReJaM© ambil gambar ini dari blog sahabat Amenoworld. Kalau nak dapat 1 markah kena tulis "Tidak wajar", kalau tulis "wajar" dapat telor kah kah kah. ![]() Namun hakikatnya yang perlu anda tahu, dan perlu anda sebarkan kepada orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng ialah, mahkamah telah menetapkan bahawa menteri yang mengharamkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak waras! Rujuk sini [Menteri tak waras] Bersih 2.0 atau Bersih 3.0, kedua-duanya dianjurkan oleh jawatankuasa yang sama dan orang-orang yang sama. Pengerusinya masih Dato' Ambiga dan Sasterawan Negara A Samad Said.Pusinglah kot mana pun, hakim dah tetapkan bahawa Perhimpunan Bersih bukan perhimpunan haram, yang haram adalah menteri yang istiharkan Bersih haram kerana dia yang haram jadah! ReJaM© "Berhentilah memperbodohkan anak bangsa sendiri wahai cikgu pengampu" |
| Utusan dakwa jet peribadi dinaiki Anwar ada kaitan dengan Yahudi Posted: 25 Sep 2012 12:14 AM PDT LUCU melihat laporan Utusan Malaysia berkenaan isu jet peribadi yang dinaiki Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak tempoh hari disensasikan oleh akhbar itu kebelakangan ini. Selalu ReJaM© ingatkan kepada rakan-rakan, kalau nak tahu putar belit dan pembohongan Utusan Syaitan, tak perlu baca Harakahdaily, Keadilandaily atau Roketkini. Baca akhbar itu sendiri pun kita dah boleh nampak pembohongan mereka. Sebagai contoh, kali ini Utusan mendakwa jet peribadi yang dinaiki Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak tempoh hari dimiliki oleh syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi. "Jet eksekutif tersebut dimiliki oleh Wells Fargo Bank Northwest di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat (AS) manakala operasinya dikendalikan oleh Bresnan International Aviation di White Plains, New York dan kedua-duanya dipercayai mempunyai kaitan dengan Yahudi" - Utusan Syaitan Namun dalam masa yang sama dan di hari yang sama, Utusan Syaitan melaporkan jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar itu milik syarikat TJets Sdn. Bhd. berdasarkan pengakuan pengerusinya Datuk Mohd. Taufik Omar. ReJaM© "Belit sana belit sini akhirnya diri sendiri yang terbelit... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.