MiLo SuaM |
| Anwar Ibrahim perjelas, jet peribadi milik seorang rakan Posted: 24 Sep 2012 09:24 AM PDT KEBELAKANGAN ini heboh tentang isu jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat ketika berkempen di Sabah. Di lobi parlimen hari ini, Anwar menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam. Anwar sempat berseloroh,"Ya dia bantu, macam kadangkala kereta saya rosak saya pinjam kereta orang. Macam tadi kot saya tak sampai jadi saya pinjam kot kawan" "Sebab itu masa dalam parlimen tadi kot saya nampak menggelebeh, sekarang yang saya pakai ini memang kot saya". Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia "transparent". Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini. "Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, "katanya. Saksikan rakaman video kenyataan Anwar [MobTV] ReJaM© "Tian Chua sengaja ambil gambar dan sebar supaya gerombolan meroyan kah kah kah... " |
| Raja Nong Chik mahu jemaah surau ingat Umno/BN ketika solat Posted: 23 Sep 2012 05:00 PM PDT JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit. Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut. ![]() Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut. Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat. ![]() Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah. Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar. ![]() ReJaM© "Betul-betul macam syaitan, nak bertanding punya pasal sanggup kacau orang sembahyang... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.