MiLo SuaM |
- Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia
- Mencuri untuk beli nasi, penganggur dipenjara 16 bulan
- Menteri kabinet Pakistan tawar ganjaran RM300k bunuh penerbit filem hina nabi
| Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia Posted: 23 Sep 2012 12:40 PM PDT SEBUAH berita yang agak ganjil disiarkan oleh akhbar Sinar Harian berkenaan majlis persandingan puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. Kalau kita lihat pemimpin-pemimpin negara ASEAN dijemput untuk menghadiri majlis gilang gemilang tersebut. Ketua-ketua negara ASEAN hadir atau diwakili menteri luar negara masing-masing. Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam turut hadir pada istiadat persandingan diraja itu Bagaimanapun, di tengah-tengah kehadiran ketua-ketua negara ASEAN ini, Rosmah Mansor pula hadir sebagai ketua kerajaan Malaysia. ![]() Nampaknya Rosmah akan bergaul dengan ketua-ketua negara ASEAN memainkan peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Persoalannya, kenapa Rosmah yang hadir? Rosmah sibuk nak menggantikan Najib atau Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia lalu beliau yang dijemput? Negara lain hantar ketua negara, tapi Malaysia hantar Bik Mama kah kah kah... ReJaM© "Muhyiddin Yassin jadi Timbalan Perdana Menteri tunggul kayu kah kah kah... " |
| Mencuri untuk beli nasi, penganggur dipenjara 16 bulan Posted: 23 Sep 2012 06:05 AM PDT SEORANG penganggur yang kelaparan dikatakan tidak memiliki wang untuk membeli nasi telah mencuri dan tertangkap. Penjenayah itu akhirnya dikenakan hukuman penjara 16 bulan (setahun 4 bulan) oleh hakim. Di bawah ini keratan berita laporan kes tersebut yang dipetik daripada akhbar Harian Metro. Kalau kita fikirkan, penganggur ini melakukan jenayah untuk membeli nasi, tentu sekali melibatkan jumlah wang yang kecil. Berbeza dengan sebuah lagi kes, juga melibatkan kes jenayah. Bezanya jenayah ini dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor. Jenayah dilakukan untuk mendapatkan kesenangan diri dan tentu sekali melibatkan wang yang besar. Memang benar kes jenayah ini melibatkan wang sebanyak RM6.5 juta. Namun apa yang menghairankan, hukuman yang dikenakan ke atas Khir Toyo selepas didapati bersalah cuma 12 bulan penjara (setahun). Malah hukuman penjara tersebut masih lagi ditangguhkan sehingga ke hari ini. Lain kali kalau nak curi, curilah banyak-banyak. Semakin banyak nilai curian semakin ringan hukumannya kah kah kah... ReJaM© "Orang besar buat jenayah pusing sana pusing sini akhirnya lepas... " |
| Menteri kabinet Pakistan tawar ganjaran RM300k bunuh penerbit filem hina nabi Posted: 22 Sep 2012 05:44 PM PDT SEORANG menteri Kabinet Pakistan, Haji Ghulam Ahmad Bilour (foto tengah) menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem "Innocence of Muslims" Kelihatan di dalam foto di atas, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley diiringi oleh Polis keluar dari rumahnya di California dalam keadaan wajah tertutup. Sejak awal bulan ini, Nakoula Basseley hidup dalam persembunyian bersama keluarganya. ![]() "Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dollar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam. Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu. Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu. Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin. Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan. Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari. Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan. "Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi [Sinar]. ![]() |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.