MiLo SuaM |
| Pawagam terbelah dua ketika tayang filem "Innocence of Muslims"? Posted: 22 Sep 2012 10:18 AM PDT SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, "Innocence of Muslims". Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Malah ReJaM© sendiri sudah menerima lebih sepuluh mesej sebaran "broadcast messages" melalui Blackberry Messengger. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan. ![]() Hal ini membuatkan ReJaM© rasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Gambar tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010. Jika anda menggunakan carian di Google, dengan keyword "2010 Chile Earthquake" (2010 Gempa Bumi Chile) anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas. ![]() Harap sahabat pembaca tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan. Anda akan membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa dengan penyebaran cerita bohong seperti ini. ReJaM© ada memaklumkan tentang kepalsuan berita ini di facebook MiLo SuaM semalam, rujuk sini [MiLo SuaM] namun sehingga hari ini nampaknya mesej tersebut masih terus tersebar. Ini maknanya masih ramai orang percaya berita ini adalah berita yang benar. ReJaM© "Jangan malukan agama kamu tanpa kamu sedari... " |
| Pemuda Umno anjur demo bukan untuk bantah filem anti-Islam Posted: 21 Sep 2012 05:00 PM PDT AGAK menghairankan apabila Pergerakan Pemuda Umno, yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin menganjurkan demonstrasi membantah filem anti-Islam, "Inocence of Muslim" di Kampung Baru. Amerika Syarikat yang mereka marahkan, sepatutnya mereka pergilah ke kedutaan Amerika yang juga terletak di ibu negara, tidak begitu jauh dari tempat mereka mengadakan himpunan tersebut. Ini tidak, Amerika yang mereka tentang, kerana dikatakan telah menghasilkan filem anti-Islam, tapi makcik jual nasi lemak di kampung baru pula yang mereka serang kah kah kah... "Marahkan ular anak sendiri pula dipijak-pijak" Kalau kita lihat semalam, Dewan Pemuda Parti Islam, PAS menganjurkan perhimpunan di depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak. Malah dengan lantang mereka mengutuk dan mengecam Amerika di depan bangunan kedutaan itu.Satu memorandum kecaman dan bantahan juga turut dihantar kepada kedutaan Amerika namun pihak kedutaan itu enggan turun untuk menerimanya sebaliknya hanya menghantar Ketua Keselamatan rujuk sini [Amerika enggan terima memorandum] Akhirnya terbongkar niat sebenar Pergerakan Pemuda Umno membantah filem anti-Islam dengan cara berhimpun dan menyerang makcik jual nasi lemak di Kampung Baru. Himpunan yang kononnya diadakan sebagai bantahan terhadap filem anti-Islam, rupa-rupanya tidak lain hanyalah perhimpunan anti-DAP. Kononnya memperjuangkan Islam, rupanya mereka berhimpun demi "political mileage" Konon berhimpun marahkan filem "Innocence of Muslims" tapi suruh Parti Islam, PAS keluar Pakatan Rakyat dan sertai Umno supaya mereka dapat menang mudah pada pilihanraya umum yang akan datang kah kah kah... ReJaM© "Mana Pemuda Umno berani demo depan Kedutaan Amerika, nanti APCO marah... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.