Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bajet 2013: Harga gula naik RM0.20 kerana ramai pesakit diabetes

Posted: 28 Sep 2012 07:30 AM PDT

LUCU dan lawak, tapi ini cerita betul bukan rekaan. Najib Razak mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram dengan alasan yang dikemukakan, kerana 2.6 juta rakyat menghidap kencing manis (diabetes).
    Ayat "cover line" subsidi gula dikurangkan sebanyak RM0.20 sekilogram mulai esok, namun maksud sebenarnya ialah, mulai esok harga gula naik RM0.20 sekilogram.

Adakah logik dengan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 akan membantu 2.6 juta pesakit diabetes di Malaysia? Adakah langkah ini akan mencegah sakit diabetes di kalangan rakyat?

Benarkah kenaikkan harga gula akan menyebabkan pengeluar makanan dan minuman mengurangkan kandungan gula di dalam produk mereka? Ini petanda harga makanan dan minuman bakal meningkat lagi. 

Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang jelas taukey restoran-restoran mamak akan ketawa besar memandangkan ini "lesen besar" untuk mereka menaikkan harga makanan dan minuman jualan mereka yang sudah sedia mahal.

Ini peluang mamak buat untung. Barisan Nasional dengan "Barang Naik" bagaikan kentut dan taik tak dapat dipisahkan.

 ReJaM© "Gula naik RM0.20 sekilo, teh tarik naik RM0.20 secawan..."

PKNS buat laporan Polis terhadap NGO gila di Selangor

Posted: 27 Sep 2012 07:09 PM PDT

ORANG kalau sudah gila macam-macam perkara pelik dia boleh buat. Ada yang picit semut, kira bulu kucing, gigit itek jiran rumah sebelah dan sebagainya.

Kalau gila seperti ini tak menyusahkan orang tak mengapalah. Tapi kalau sudah sampai tahap menyusahkan atau membahayakan orang, memang patut dihantar ke hospital gila. Contohnya macam ada sebuah NGO di Selangor, Jaringan Melayu Malaysia, JMM namanya.

NGO pro United Malays No Otak, Umno ini telah menyebarkan surat mengajak penduduk yang telah membeli rumah daripada PKNS memohon kepada kerajaan negeri agar kesemua hutang rumah mereka yang masih tertunggak kepada PKNS dan SIC (anak syarikat PKNS) dilupuskan [Surat].

Alasan mereka kononnya ia sebagai tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di dalam melupuskan hutang Talam Corp. Namun hakikatnya PKNS langsung tidak ada kena mengena dengan penghapusan hutang Talam Corp.
 
Oleh kerana itu pihak PKNS telah membuat laporan Polis terhadap JMM (sebut Jaringan Melayu Mangkok) kerana cuba mengaitkan PKNS dengan penghapusan hutang Talam Corp yang tak ada kena mengena langsung dengan pihaknya.



Lucu tengok perangai gila Jaringan Melayu Mangkok. Ini sudah boleh dikategorikan sebagai orang gila yang menyusahkan orang dan mereka ini patut dihantar ke hospital gila, kerana dia ingat rumah PKNS tu rumah bapak dia kah kah kah...

Di bawah ini salinan laporan Polis yang dibuat oleh PKNS terhadap JMM (Jaringan Melayu Mangkok). Sila klik untuk membesarkan imej.


ReJaM© "Buat apa report Polis? Patutnya lapor pada hospital gila kah kah kah... "

Penjaga gol Harimau Malaya Khairul Fahmi sokong tuntutan Royalti Kelantan

Posted: 27 Sep 2012 06:30 PM PDT

SEBELUM ini kita dah lihat bagaimana penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya, Safee Sali di program KEADILAN, rujuk sini [Safee Sali].

Kali ini giliran penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi pula di program Pakatan Rakyat. Beliau secara simbolik menunjukkan sokongan terhadap tuntutan royalti minyak Kelantan dengan bergambar sambil memegang pelekat "R".
   
"R" merupakan logo rasmi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), sebuah badan gabungan yang menyatukan aktivis yang memperjuangkan Royalti minyak Negeri Kelantan.

Khairul Fahmi merupakan rakyat Kelantan, sudah tentu beliau menyokong tuntutan royalti yang dinafikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk rakyat Kelantan yang majoritinya (95%) adalah orang Melayu. 

United Malays National Organization, Umno kononnya memperjuangkan Melayu, namun depan batang hidung rakyat Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti dengan pelbagai alasan dangkal.


ReJaM© "Nama parti pun pakai nama orang putih ada hati nak perjuangkan Melayu? Puihh... "

Syarikat Lego cipta permainan kanak-kanak hina Nabi Muhammad?

Posted: 27 Sep 2012 04:17 PM PDT

SELEPAS kita digemparkan dengan filem "Innocence of Muslim" yang menghina Rasulullah, sebuah lagi dakwaan penghinaan terhadap Nabi Muhammad dipercayai telah disebarkan sejak seminggu yang lalu.

ReJaM© turut menerima email berantai yang mengirimkan sekeping gambar alat permainan keluaran syarikat permainan terkenal Lego dikatakan menghina Rasulullah.

Di bawah ini gambar yang dimaksudkan. Gambar ini turut tersebar ke halaman sosial facebook menggesa orang ramai terutama muslim agar memboikot serta membantah syarikat Lego dari Denmark yang dikatakan sengaja menaikkan darah umat Islam.
   
Gara-gara enggan tertipu seperti isu "Pawagam terbelah" sebelum ini, ReJaM© membuat sedikit siasatan melalui pakcik Google. Hasil tinjauan, ReJaM© dapati isu ini sebenarnya bukanlah isu baru, sebaliknya isu lama yang diulang kembali. 

Isu ini pernah tersebar semenjak sebelum tahun 2006 lagi. Malah pihak Lego juga telah mengeluarkan satu kenyataan bertulis di laman sesawang rasmi mereka menafikan mereka ada mengeluarkan permainan menghina Rasulullah seperti yang didakwa [Lego].


Pihak Lego juga di dalam laman sesawang rasmi mereka mengutuk tindakan individu yang tidak bertanggung jawab menggunakan produk dan jenama mereka untuk melakukan perbuatan menghina Rasulullah ini.

 ReJaM© "Terhidu taktik pemasaran di situ, Wallahua'lam..."

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger