Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bukti bergambar projek IC di Stadium Bola Sepak Cheras

Posted: 06 Nov 2012 06:43 AM PST

PAGI tadi MiLo SuaM ada menyiarkan pendedahan seorang wanita, Shirley Gabriella melalui laman facebook miliknya bahawa beliau menyaksikan sendiri ribuan warga asing, diberi kerakyatan di Stadium KLFA, Cheras rujuk sini [warga asing terima kerakyatan].

Rentetan pendedahan itu, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah mengirimkan beberapa keping gambar yang diambil olehnya ketika melalui Stadium Bola Sepak (KLFA), Cheras pada pagi 2 November 2012 yang lalu.

Di bawah ini gambar-gambar yang berjaya diambil oleh pengirim yang enggan identitinya diketahui itu secara curi-curi melalui telefon bimbitnya (harap maaf kualiti foto kurang memuaskan). Dia juga mendakwa ada  menyaksikan ribuan warga asing Myanmar, Bangladesh dan India











Pengirim juga sangat hairan mengapakah laluan yang selama ini dirasakannya sebagai aman untuk berulang alik menghantar isterinya ke Maktab Perguruan Cheras, namun jumaat lalu laluan itu sesak dengan bas-bas dan teksi serta limpahan warga asing yang menyukarkan laluannya.

Kepada sahabat pembaca yang mempersoalkan kredibiliti maklumat ini sebelum ini kerana hanya bersandarkan pendedahan seorang pengguna facebook, sekarang kita dedahkan pula bukti bergambar.

Lagi pun pendedahan Shirley Gabriella sebelum ini perlu diambil berat kerana beliau mendedahkan perkara ini melalui akaun facebook miliknya sendiri serta menggunakan gambar dirinya. Sukar diterima akal seorang wanita berani membuat kenyataan palsu mendedahkan isu sensitif seperti ini menggunakan akaun facebook miliknya sendiri.

Persoalannya di sini, apa tujuan ribuan warga asing ini dikesan berkumpul beramai-ramai di Stadium Bola Sepak Cheras di awal pagi? Adakah kerajaan Malaysia sudah menetapkan Stadium Bola Sepak Cheras ini sebagai tempat tinggal ribuan warga asing ini?


ReJaM© "Diharap pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pendedahan ini... "

Pemimpin parti politik tipu pengusaha katering, beri cek tendang

Posted: 05 Nov 2012 09:18 PM PST

SEORANG pemimpin parti politik didakwa telah menipu pengusaha katering yang menyediakan makanan dalam satu majlis dianjurkannya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampar Perak september lalu.

Pemimpin parti politik itu memberikan cek tendang kepada pengusaha katering untuk membayar kos makanan di majlis sambutan Hari Raya yang dianjurkannya. Ini menyebabkan pengusaha itu berang lantas membuat sidang media mendedahkan penipuan pemimpin itu.

Tidak susah untuk meneka meskipun laporan Sinar Harian tidak menyiarkan secara spesifik identiti pemimpin parti politik itu serta parti manakah yang dipimpinnya [Sinar].

Sidang media yang dibuat oleh pengadu diadakan di pejabat PKR, dan pengadu, Jamal Mohd Azman, 46 merupakan lelaki berbangsa Melayu, maka bolehlah kita simpulkan bahawa pemimpin penipu itu memimpin parti Umno.




Baca laporan ini, ReJaM© teringat dengan kisah salah seorang sahabat pengusaha sate yang ditipu oleh Adun Barisan Nasional tempatnya. Pesan sate sampai 10,000 cucuk, tapi sehingga sekarang difahamkan sahabat ReJaM© itu masih belum menerima bayaran.

Alasan yang diberikan oleh Adun itu ialah, dia tidak percaya pengunjung programnya makan sate sampai 10,000 cucuk. Jika sahabat ReJaM© itu izinkan, kita akan dedahkan nama dan kawasan dewan undangan negeri Adun Barisan Nasional yang didakwa menipu itu.

Bukan apa, sahabat ReJaM© ini penyokong kuat Barisan Nasional, jadi kalau dia sendiri tak mahu beri kerjasama tak guna juga setakat dedahkan nama dan kawasan dewan undangan negeri Adun BN itu tanpa bukti-bukti sokongan.

ReJaM© "U.M.N.O - Umno Menipu Nombor One... "

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger