Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Najib buang sistem rating pada video #TanyaNajib di YouTube

Posted: 09 Oct 2012 04:20 AM PDT

DIPERCAYAI kerana malu apabila video #TanyaNajib melalui Google Hangouts sebelum ini menerima puluhan ribu undian dislikes (tidak suka) oleh wargamaya rujuk sini [Tanya Najib], sistem rating pada video yang dimuatnaik semula di YouTube telah dibuang.

Maka wargamaya tidak dibenarkan lagi untuk memberikan undian likes atau dislikes kepada video #TanyaNajib yang dimuatnaik semula melalui akaun YouTube milik najibrazak itu. Tinjauan ReJaM© sebentar tadi mendapati ketika menekan button dislikes, video tersebut memaparkan pemberitahuan (notification)

"Rating have been disabled for this video"



Bukan itu sahaja, malah ReJaM© dapati ruangan komentar juga telah ditapis dan hanya akan menyiarkan komentar-komentar yang membodek Perdana Menteri Malaysia yang lemah dan tidak disukai oleh majoriti pengguna internet itu.

Nampaknya satu lagi ketakutan bakal menghantui Najib, jika sebelum ini beliau takut dengan cabaran debat daripada Anwar Ibrahim, kali ini beliau bakal dijangkiti phobia baru pula terhadap "YouTube Rating" kah kah kah...


ReJaM© "Selepas ini Najib akan kata, Google Hangouts bukan budaya kita kah kah kah... "

Cukai baru GST akan dilaksanakan dalam masa terdekat

Posted: 08 Oct 2012 11:53 PM PDT

TEMPOH hari MiLo SuaM ada menyiarkan laporan Utusan Syaitan yang menunjukkan bahawa Rejim Barisan Nasional, BN sedang bersiap sedia untuk melaksanakan cukai baru GST.

Berhubung pendedahan tersebut, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM juga ada mengirim email menunjukkan bukti tentang perkara itu.

Menurut pengirim, beberapa syarikat logistik termasuk syarikat tempat beliau bekerja ada menerima surat jemputan daripada pihak kastam untuk menghantar wakil menghadiri seminar GST kali ke 3.

Surat itu turut menyatakan bahawa cukai baru GST akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Ini menunjukkan Rejim Barisan Nasional sudah di peringkat akhir persediaan untuk melaksanakan cukai baru GST ini.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan.





Sekali lagi ReJaM© harap para pimpinan Pakatan Rakyat menumpukan isu cukai baru GST ini bagi menyelamatkan wang rakyat daripada ditelan oleh buaya-buaya Rejim Barisan Nasional yang sudah siap siaga membuka mulut seluas-luasnya.

ReJaM© "Poket rakyat akan terus rabak selagi BN berkuasa... "

Dua paderi mahu Utusan Malaysia mohon maaf kerana memfitnah

Posted: 08 Oct 2012 04:23 PM PDT

KELMARIN Utusan Syaitan dalam edisi hari minggunya melaporkan berita kononnya pihak gerejmeminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Kita sedia maklum sebelum ini Utusan Syaitan gemar memainkan isu kononnya pemimpin Pakatan Rakyat mempolitikkan masjid dan surau. Kali ini mereka cuba memainkan sentimen agama kepada orang Kristian pula.



Malangnya akhbar yang terkenal sebagai akhbar paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu sekali lagi kantoi melakukan fitnah.

Dua pemimpin Kristian semalam berkata laporan memetik kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia kelmarin, yang didakwa mengkritik ketua menteri Pulau Pinang, adalah "penipuan semata-mata".

Biskop Gereja Lutheran Evangelical, Solomon Rajah dan bekas presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philips hari ini berkata, kenyataan mereka dilaporkan di luar konteks dalam berita bertajuk 'Gereja bukan tempat politik'.

Mereka menuntut supaya akbar edisi Ahad Utusan Malaysia itu menarik balik laporan berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf dalam edisi mereka selepas ini.

Dalam satu sidang media hari ini, kedua-dua paderi itu menjelaskan bahawa pemberita berkenaan hanya menghubungi mereka untuk mendapatkan pandangan umum mengenai "gereja dan politik".

Rajah berkata, kenyataannya itu bukan reaksi atau ulasan kepada dialog antara ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan pemimpin gereja di negeri tersebut.

"Saya tidak pernah sedar bahawa saya akan dipetik secara salah (atau apa yang saya katakan) disalah anggap.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa pandangan saya akan digunakan untuk memenuhi tujuan dan agenda Utusan. Ini sangat menyedihkan," katanya.

Rajah yang menganggap dirinya sebagai penyokong kuat Lim Guan Eng menekankan bahawa beliau tidak akan memberi kebenaran untuk ditemubual sekiranya tahu bahawa Utusan akan memetiknya dengan salah.

Antara lainnya, akhbar berkenaan memetik Rajah sebagai berkata, "tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan kepentingan politik".

Sementara itu, Philips pula berkata laporan itu turut menjejaskan reputasinya, dan menegaskan bahawa pandangannya yang sebenar tidak dilaporkan.

"Ini adalah satu perbuatan fitnah. Saya terkejut dan marah dengan ketidakcekapan wartawan itu," katanya [Malaysiakini]

ReJaM© "Sudah puas fitnah surau dan masjid, Utusan Syaitan fitnah gereja pula... "

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger