MiLo SuaM |
| AMK cabar SPRM dedah siasatan terhadap Musa Aman berhubung dana asing Umno Posted: 13 Oct 2012 02:29 AM PDT Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi respon balas ke atas jawapan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kepada Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua berhubung penyeludupan wang sejumlah Rm40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Kenyataan Nazri bahawa wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan dan membuka ruang spekulasi yang lebih besar. Dua persoalan besar timbul hasil kenyataan Nazri ini: (i) atas kapasiti apakah Umno menerima sumbangan yang sangat besar jumlahnya dan juga diragui status serta sumbernya? (ii) apakah wujud kemungkinan bahawa ia juga merupakan dana asing untuk membantu Umno mempertahankan Sabah yang kian 'tidak selamat' selaku status 'fixed deposit' Umno? AMK turut mempersoalkan atas kapasiti perundangan manakah yang membenarkan mana-mana parti menerima sumbangan, khususnya dalam jumlah yang sangat besar mencecah puluhan juta ringgit tanpa melalui transaksi yang sah? Sekiranya ia bukan berbentuk sumbangan, timbul pula persoalan baharu bagaimana Umno Sabah boleh mempunyai wang sedemikian besar jumlahnya. Terdahulu AMK telah melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kes ini disiasat sewajarnya, termasuklah ke Hong Kong pada tahun 2009 untuk bertemu dengan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong. Memperlihatkan kepada merit kes ini melibatkan keselamatan negara, sehubungan itu AMK mencabar Peguam Negara serta Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk mendedahkan kertas siasatan SPRM dan juga komunikasi di antara SPRM serta ICAC berhubung kes ini. Buat Musa Aman khasnya, sila dedahkan di manakah punca dan sumber wang sejumlah RM40 juta tersebut sekiranya ia benar-benar 'sumbangan tulus ikhlas' buat Umno Sabah. Dan beban pembuktian juga harus dipikul Musa untuk menyatakan apakah ini berkaitan atau tidak dengan pendirian kerajaan Switzerland yang menyatakan kesediaan untuk membekukan aset beliau di Switzerland berikutan dakwaan penyeludupan wang sejumlah US$90 juta yang melibatkan beliau. AMK tidak melihat ada keperluan untuk kerajaan berlengah berhubung isu ini. Di sebalik manipulasi media kononnya KEADILAN menerima dana asing yang jelas sekali satu fitnah, Umno disaran jangan ibarat meludah ke langit yang kelak terkena muka mereka sendiri. Shamsul Iskandar Mohd Akin |
| Najib mengaku Umno terima dana asing secara seludup dari Hong Kong Posted: 12 Oct 2012 10:59 PM PDT RIUH rendah, hampir sebulan media arus perdana mencanangkan kisah NGO Suara Rakyat Malaysia, Suaram yang dikatakan menerima dana asing. Malah sudah ada laporan Polis dibuat kerana NGO ini dikatakan bersalah menerima dana asing. Selain itu portal bebas Malaysiakini juga diserang bertalu-talu oleh Utusan Malaysia kerana membenarkan pelabur asing memiliki pegangan sahamnya. Mereka mengecam Malaysiakini kerana menerima dana asing. Tapi apabila Umno Sabah didedahkan menerima dana asing yang diseludup masuk daripada Hong Kong oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Najib terpaksa membuat pusingan "U turn". Tiba-tiba penerimaan dana asing sudah dihalalkan oleh Najib. Malah Najib Razak berkata penerimaan dana asing ini adalah hak setiap parti politik yang disifatkannya sebagai "sumbangan politik" dan ia mengikut saluran yang betul [Sinar] Selepas ini sila bawa masuk wang asing secara seludup dari luar negara kerana Najib Razak Perdana Menteri Malaysia sudah mengesahkan bahawa ia adalah saluran yang betul. Najib jelas membayangkan kepada kita bahawa penerimaan dana asing merupakan perbuatan biasa parti yang diketuainya. Nampaknya kes dana seludup RM40 juta untuk Umno ini hanyalah isu kecil, lebih banyak lagi dana asing yang diterima oleh Umno akan didedahkan selepas ini. Najib Razak, sila jawab! Berapa banyak United Malays National Organization, Umno terima dana asing daripada Zionist Israel dan Amerika? ReJaM© "Bila kena batang hidung sendiri semuanya dihalalkan kah kah kah... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.