MiLo SuaM |
- Warga tua umur 122 tahun dikesan dalam daftar undi SPR
- Himpunan Kebangkitan Rakyat, ditangguh kepada 12 atau 19 Jan 2013
- Video seks pemimpin Pakatan Rakyat Perak disebar oleh blogger Umno
| Warga tua umur 122 tahun dikesan dalam daftar undi SPR Posted: 11 Oct 2012 10:10 PM PDT RASANYA berita ini bukan lagi berita pelik atau mengejutkan kepada kita. Sebelum ini pun sudah terlalu banyak tembelang dalam pengkalan data Suruhanjaya Pilihanraya, SPR didedahkan. Terbaru, hasil tinjauan di laman sesawang rasmi SPR menemukan seorang warga tua didaftarkan sebagai pemilih yang sah berumur lebih 122 tahun. Tarikh lahir warga tua tersebut seperti yang tersiar dalam laman sesawang rasmi SPR adalah pada 6 Febuari 1890, iaitu sebelum perang dunia pertama lagi. Sila ke laman sesawang rasmi SPR, rujuk sini [SPR] dan masukkan no kad pengenalan 900206740068 untuk mengesahkan sendiri maklumat ini. Warga tua ini patut dinobatkan sebagai wanita paling tua di dunia. Sent from my BlackBerry® |
| Himpunan Kebangkitan Rakyat, ditangguh kepada 12 atau 19 Jan 2013 Posted: 11 Oct 2012 09:35 PM PDT Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 3 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012. Bagaimanapun pelancaran himpunan Kebangkitan Rakyat itu tetap akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan pada tarikh yang sama 3 November 2012. Himpunan Kebangkitan Rakyat TETAP akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tarikh 12 atau 19 Januari tahun depan yang akan dimaklumkan kemudian. Ini maknanya kita akan tetap berhimpun pada 3 November ini di Negeri Sembilan. Sent from my BlackBerry® |
| Video seks pemimpin Pakatan Rakyat Perak disebar oleh blogger Umno Posted: 11 Oct 2012 06:31 PM PDT RASANYA sudah berpuluh kali blogger United Malays No Otak, Umno menyebarkan video seks kononnya pemimpin Pakatan Rakyat. Kali ini mereka mendakwa ada memiliki video seks Pemimpin Pakatan Rakyat Perak. Blogger-blogger Umno waktu ini sedang rancak menyebarkan cerita ini. Kononnya ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari Perak yang berwatak alim telah melakukan seks haram di Indonesia bersama pelacur di sana. Dakwa mereka lagi video itu kini dalam simpanan salah seorang kawan baik pemimpin itu dan akan disebarkan kerana sahabatnya itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan. Di bawah ini screenshot salah seorang blogger United Malays No Otak, Umno atau UMporNO (Umno + Porno) yang sedang rancak menghebahkan berita ini. Seperti biasa, nama pun blogger United Malays No Otak, Umno (Kesatuan Melayu-melayu Tiada Otak), tentu sekali kebodohan mereka tidak dapat dibendung lagi. Al-maklumlah, nak tulis blog tapi tiada otak, maka keluarlah cerita bodoh daripada tengkorak mereka yang kosong itu. Sebelum mereka menyebarkan cerita bangang ini, mari kita kantoikan mereka seperti biasa. Cerita lucah ini sebenarnya diambil daripada salah satu blog Indonesia yang sudah menyiarkan cerita ini sejak bulan 5 yang lalu. Menurut blog tersebut, video ini adalah adengan panas seorang warga Sanden, sebuah kawasan di Indonesia. Lelaki yang melakukan adengan seks ini dikatakan seorang pelajar SMA (sekolah menengah) yang sengaja merakam aksinya bersama teman wanita di sebuah bilik hotel. Di bawah ini printscreen diambil daripada blog tersebut. Gambar yang digunakan di blog Indonesia itu sebijik macam yang disebarkan oleh blogger-blogger Umno pada masa ini. Link blog lucah ini tidak akan disiarkan kerana blog ini bukan blog lucah harap maklum. Kalau kita lihat handphone yang ditunjukkan dalam gambar pun jelas sekali jenis model lama. Rasanya dah tak ada orang pakai di Malaysia ini. Jelas sekali handphone itu milik warga Indonesia. ReJaM© "Umno gunakan cerita lucah untuk meraih sokongan rakyat... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.