MiLo SuaM |
Lucu! Kumpulan penyokong AES Pulau Pinang hilangkan diri Posted: 07 Nov 2012 09:07 PM PST TENTU anda masih ingat dengan demonstrasi lucu dianjurkan di Pulau Pinang untuk membantah keputusan Kerajaan Pulau Pinang menangguhkan pemasangan Kamera Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) tempoh hari. Sedang rakyat Malaysia sibuk membantah perlaksanaan AES, muncul pula kumpulan orang gila yang barangkali sudah terlalu kaya dan tidak sabar untuk membayar saman menggesa kerajaan negeri agar membenarkan pemasangan kamera AES dengan alasan kononnya tidak mahu nyawa rakyat dipolitikkan. ![]() Kumpulan penyokong AES ini siap hantar memorandum bagai, dan menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar memasang 56 buah kamera-kamera AES kononnya bagi menjamin keselamatan rakyat. Susulan demonstrasi dan penerimaan memorandum oleh penyokong AES itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengatur satu perjumpaan Kerajaan Negeri dengan mereka pada hari Isnin 5 November 2012 yang lalu di Bangunan Dewan Undangan Negeri. Kumpulan ini telah dihubungi untuk mengatur perjumpaan bersama Kerajaan Negeri bagi membincangkan isu menyokong pemasangan kamera-kamera AES yang diperjuangkan oleh mereka. Malangnya, pejuang-pejuang yang menyokong AES ini difahamkan tidak mahu berjumpa, malah dikatakan sudah menghilangkan diri. Ternyata demonstrasi bantahan yang dianjurkan mereka sebelum ini sekadar membuat kacau dan tiada arah tujuan. Pejuang-pejuang menyokong AES ini juga dikhabarkan telah ditipu oleh penganjur demonstrasi yang menjanjikan habuan wang RM50 dan hamper setiap seorang, namun sehingga kini janji hanya tinggal janji. ReJaM© "Apa punya pejuang, belum apa-apa dah lari kah kah kah... " Sumber: Sharpshooter |
Imam maut dipukul ketika menunaikan solat Subuh sendirian Posted: 07 Nov 2012 08:22 PM PST SEORANG imam ditemui maut akibat dipukul menggunakan senjata tumpul oleh lelaki kurang siuman jam 6 pagi semalam di Madrasah Kampung Gual Petai Lima, Tanah Merah Kelantan. Mangsa Abdullah Nawang, 77 dilaporkan dipukul ketika sedang solat bersendirian dan ditemui tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh dua jemaah wanita yang datang ke madrasah itu untuk menunaikan solat Subuh. Seorang suspek berusia 57 tahun yang pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab sebelum ini ditahan di salah sebuah kedai kopi di Kampung Kulim kira-kira 3 kilometer dari tempat kejadian sejurus selepas laporan Polis dibuat. Sumber: Sinar Harian Di bawah ini gambar surau tempat di mana kejadian tersebut berlaku. Salah seorang penduduk kampung menunjukkan lokasi di mana imam tersebut ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Sent from my BlackBerry® |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.