MiLo SuaM |
- Video wakil rakyat Pakatan Rakyat dihalang membantu mangsa ribut!
- Penjelasan Dr Badrulamin berhubung penahanan oleh JAIS semalam
- Utusan Malaysia dapat isu baru kaitkan KEADILAN dengan Al-Arqam
| Video wakil rakyat Pakatan Rakyat dihalang membantu mangsa ribut! Posted: 02 Nov 2012 07:10 AM PDT PELIK, hairan, bodoh dan kejam, namun inilah yang berlaku di Negeri Melaka. Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah, telah menghalang seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membantu mangsa ribut, di Taman Air Keroh, Melaka. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana penguatkuasa digunakan untuk menghalang pemberian bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah akibat bencana ribut. Pelbagai alasan diberikan untuk merobohkan booth kecil yang dibina oleh wakil rakyat itu. Difahamkan pihak penguatkuasa telah memberikan notis untuk menutup booth kecil yang didirikan dalam masa sejam. Jika tidak pihak penguatkuasa yang diperalatkan ini akan merampas segala barang-barang di booth tersebut. Lihat sendiri rakaman video di bawah. Bila sudah terdesak, nampak sangat otak mereka sudah tidak berfungsi dengan baik. Sifirnya mudah, selepas ini wakil BN pula akan datang kepada mangsa ribut dan berkata hanya BN yang membantu rakyat. Tengok wakil rakyat Pakatan Rakyat, mana ada nak bantu rakyat? ReJaM© "Melayu jadi bodoh dan kejam kerana menyokong Umno... " Penting! Jangan lupa turun ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat esok di Seremban Tarikh: 3 November 2012 Masa: 3:00 Petang Tempat: Taman Seremban Jaya, Belakang Petronas |
| Penjelasan Dr Badrulamin berhubung penahanan oleh JAIS semalam Posted: 02 Nov 2012 04:35 AM PDT SEPERTI yang dijangkakan sebelum ini, rujuk sini [Utusan Malaysia], media-media arus perdana akan menggunakan isu penahanan Dr Badrulamin di majlis makan malam yang dikatakan dianjurkan oleh Al-Arqam semalam untuk mengaitkan KEADILAN dengan ajaran sesat. Hari ini portal berita milik anak syarikat Utusan, Kosmo melaporkan kononnya Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Badrulamin sebagai tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis dikatakan anjuran Al-Arqam, sebuah pertubuhan yang pernah diharamkan kerana membawa ajaran sesat. Di bawah ini pula penjelasan si empunya badan, Dr Badrulamin yang menghadiri majlis tersebut. Majlis Jamuan makan "Kenduri Mega" malam tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukannya Al-Arqam. Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya, saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai. Saya diletakkan di meja tamu atas rasa hormat mereka terhadap saya dan sememangnya dibawah khemah lain tidak mempunyai meja pun. Ahli jemaah Ikhwan mengenali kami kerana isteri saya sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan kerana ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam. Anak dan isteri saya juga sering kesana membeli pakaian dibutik Ikhwan. Laporan Kosmo yang kononnya saya adalah salah seorang dari Ahli Jawatankuasa Penganjur (AJK) dalam program malam tadi adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab. Saya langsung tidak ada apa-apa kaitan dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan. Ingin saya jelaskan sekali lagi, kehadiran saya ke program tersebut tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik. Dr Badrulamin Bahron Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN 2 November 2012 |
| Utusan Malaysia dapat isu baru kaitkan KEADILAN dengan Al-Arqam Posted: 01 Nov 2012 04:38 PM PDT BERIKUTAN penahanan Ahli Majlis Tertinggi KEADILAN, Dr Badrulamin di majlis makan malam dikatakan anjuran Al-Arqam malam tadi bersama Ustaz Ann Wan Seng, rujuk sini [Dr Badrulamin], nampaknya Utusan bagaikan terkena jackpot. Mana tidaknya, di dalam kehangatan pilihanraya umum yang semakin hampir, ini peluang akhbar propaganda milik Umno itu untuk mengaitkan KEADILAN dengan Al-Arqam yang pernah diharamkan satu ketika dahulu didakwa kerana membawa ajaran sesat. ![]() Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) hari ini melaporkan, Dr Badrulamin sebagai salah seorang tetamu kehormat yang dijemput ke konsert khas anjuran Al-Arqam. Kalau mengikut maklumat yang ReJaM© terima malam tadi, majlis itu adalah majlis makan malam. Tapi tak tahu dari mana sumber yang diperolehi oleh Utusan sehingga mengatakan ia sebagai konsert khas. Apa pun, nampaknya kita sudah dapat menjangkakan apa isu hangat yang akan diulang pagi petang siang dan malam di media-media arus perdana kawalan Barisan Nasional selepas ini. Tentu sekali KEADILAN sebagai parti pembangkang parlimen Malaysia akan cuba dikaitkan dengan Al-Arqam untuk membuatkan rakyat percaya bahawa Pakatan Rakyat ada kaitan dengan ajaran sesat. Kita tunggu apa kenyataan Dr Badrulamin berhubung hal ini. Selain itu, sama-sama kita nantikan bagaimana isu ini akan diputar belitkan di media-media arus perdana bermula malam ini di Buletin Utama TV3. |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.