MiLo SuaM |
- Video propaganda Umno agungkan tugu peringatan penjajah
- Barack Obama cipta sejarah di Twitter tewaskan Justin Bieber
- Video klip Deepavali Petronas 2012, "Let's do the dappan" hina masyarakat India - Jingga 13
- Tahap pencemaran air di Negeri Selangor masih terkawal - Elizabeth Wong
- JAIS dan Nurul Izzah perlu berbincang secara baik - MB Selangor
- Rahsia menarik rezeki paling ajaib
- Minit mesyuarat dedah MIC terlibat lulus projek kondominium mewah di Batu Caves
- Video propaganda bodoh Umno di YouTube dapat lebih 3000 dislikes
| Video propaganda Umno agungkan tugu peringatan penjajah Posted: 07 Nov 2012 02:31 PM PST SEMALAM MiLo SuaM ada menyiarkan sebuah video propaganda memburukkan Pakatan Rakyat. Pelakon di dalam video itu membayangkan kononnya negara yang telah dimajukan oleh Barisan Nasional selama 55 tahun akan jahanam dalam masa 100 hari pertama jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia klik sini [Video propaganda]. Cuba anda perhatikan latar belakang video tersebut baik-baik. Apakah monumen yang tersergam gagah di belakang pelakon tersebut? Bagi yang tidak tahu, ia adalah Tugu Peringatan. Terletak berhampiran dengan Tugu Negara di Kuala Lumpur. Buat pengetahuan anda semua, itulah tugu yang selama ini memesongkan sejarah Malaysia. Itulah juga tugu yang selama ini digunakan oleh penjajah British untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dan juga memperbodohkan askar-askar Melayu setiap kali menjelang Hari Pahlawan. ![]() Cuba lihat tulisan nama-nama pahlawan yang gugur terpahat pada Tugu Peringatan ini. Tiada satu pun nama orang Melayu, namun setiap kali Hari Pahlawan askar-askar Melayu akan berhimpun depan Tugu Peringatan ini kononnya untuk memperingati pejuang-pejuang yang telah terkorban klik sini [Tugu Peringatan]. Tarikh 1914 dan 1918 merupakan tarikh Perang Dunia Pertama, yang langsung tiada kaitan dengan Tanah Melayu. Apa rasionalnya rakyat Malaysia disuruh memperingati askar-askar British yang gugur pada Perang Dunia Pertama? ![]() Lima puluh tahun lalu British menggunakan Tugu Negara ini untuk memperbodohkan orang Melayu supaya percaya bahawa askar British adalah pejuang Tanah Melayu. Tahun ini, 2012 Umno melalui video ini menggunakan Tugu Negara untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan propaganda Pakatan Rakyat akan jahanamkan negara kah kah kah... ReJaM© "Malang sungguh siapa yang percaya dengan propaganda tali barut British ini... " |
| Barack Obama cipta sejarah di Twitter tewaskan Justin Bieber Posted: 07 Nov 2012 01:42 PM PST SALAH satu tweet oleh Barack Obama di akaun twitter miliknya selepas menewaskan seorang lagi calon presiden Mitt Romney mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai tweet paling banyak menerima "retweet" dan "Favorites". Tweet ringkas dengan mesej "Four more years" (lagi empat tahu) dengan gambar dirinya yang sedang memeluk isteri itu ditulis beberapa minit selepas mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika kerana memilihnya sebagai presiden untuk empat tahun lagi. Setakat artikel ini ditulis, tweet itu sudah menerima 733,303 retweet serta 253,861 favorites daripada pengikut-pengikut di halaman twitter beliau sekaligus memecahkan rekod yang selama ini dipegang oleh Justin Bieber di Twitter. Rekod twitter sebelum ini dipegang oleh artis remaja terkenal, Justin Bieber dengan jumlah 223,376 retweets dan 100,596 favorites yang ditulis pada 26 September 2012 yang lalu. |
| Video klip Deepavali Petronas 2012, "Let's do the dappan" hina masyarakat India - Jingga 13 Posted: 07 Nov 2012 12:12 PM PST JINGGA 13 mendesak agar Petronas memohon maaf kepada seluruh masyarakat India khususnya yang beragama hindu di Malaysia terhadap video klip berjudul Petronas Deepavali 2012 'Let's do the dappan'. Video itu dilihat menghina masyarakat India malah memesongkan istilah sebenar perayaan dan sambutan Deepavali bagi masyarakat india yang beragama Hindu. Walaupun iklan Petronas itu cuba mengambarkan kegembiraan melalui penyampaian lagu tersebut, namun ia memperlihatkan kejanggalan dan salah pergertian mengikut erti sebenar perayaan deepavali yang bermakna "kemenangan menentang kezaliman". Adalah amat mengecewakan apabila perkataan "dappan" atau "dappan kuttu" berentak "saavu adi" yang biasanya digunakan atau dimainkan di rumah-rumah ketika berlakunya kematian digunakan dalam video tersebut. Ini merupakan satu penghinaan kepada masyarakat India seolah-olah Petronas sedang mendendangkan lagu "acara kematian" kepada masyarakat India dalam bentuk rancak dan gembira ketika sambutan Deepavali. Istilah Diwali yang bermakna perayaan cahaya sebagai tanda simbolik kemenangan kepada kebaikan menentang kezaliman telah dipadamkan dengan lagu dan tarian Dappan tersebut. Ini bukti kegagalan Petronas di dalam memahami nilai dan norma masyarakat India Malaysia yang menjadi sebahagian daripada keluarga besar negara tercinta ini. JINGGA 13 yang juga turut dianggotai masyarakat berketurunan India mendesak agar video klip Petronas ini dikeluarkan daripada YouTube Ini kerana, berdasarkan komentar daripada mereka yang menyaksikan video klip tersebut memberikan gambaran negatif, marah dan kecewa terhadap syarikat gergasi negara itu kerana memperlihatkan mentaliti dan cara yang memualkan serta menghina masyarakat india beragama hindu di Malaysia. Ditegaskan di sini bahawa 'LET'S DO THE DAPPAN ' tidak ada hubungkait langsung dengan perayaan deepavali. Dalam kesempatan ini JINGGA 13 merakamkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di Malaysia, semoga Deepavali ini memberikan kemenangan yang akan menyinari kehidupan rakyat Malaysia dalam menentang kezaliman dan menumbangkan UMNO/BN dalam PRU13. MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI DK VICKY Setiausaha Jingga 13 Sent from my BlackBerry® |
| Tahap pencemaran air di Negeri Selangor masih terkawal - Elizabeth Wong Posted: 07 Nov 2012 10:48 AM PST TAHAP pencemaran sumber air Negeri Selangor masih terkawal dengan indeks kualiti Air di tiga sungai utama iaitu Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang meningkat setiap tahun sejak 2000 hingga 2012. Indeks Kualiti Air bagi Sungai Langat meningkat daripada 68 kepada 76 walaupun masih berada kelas ketiga dalam kategori sederhana tercemar. Sungai Selangor pula meningkat daripada 81 kepada 86 pada kelas kedua dalam kategori bersih manakala Sungai Klang meningkat daripada 53 dalam kategori tercemar kepada 72 dalam kategori sederhana tercemar. Sepanjang 2010 hingga Oktober 2012, sebanyak 19 kes pencemaran sumber air yang menyebabkan henti tugas loji pembersihan air direkodkan. Kes-kes ini melibatkan pencemaran daripada pelbagai sumber seperti kilang, tapak pelupusan sampah, kuari dan kejadian alam semula jadi. Antara sumber utama yang mencemarkan sungai selangor adalah daripada tumpahan minyak daripada kilang-kilang dan sekurang-kurang 2 kilang termasuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham telah diambil tindakan oleh kerajaan negeri dengan meminta jabatan peguam negara untuk mendakwa syarikat yang terbabit di mahkamah. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap kesalahan pencemaran sumber air Negeri Selangor menerusi dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Selangor dan Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran. Bagi kes kecemasan seperti pencemaran yang menyebabkan henti tugas loji, tindakan serta merta akan diambil melalui Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran SUmber Air Negeri Selangor yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menangani sebarang kes pencemaran. Secara amnya, pencemaran sumber air adalah disebabkan ketidakpatuhan dan pelanggaran kepada peraturan sedia ada oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Setiap kes pencemaran diberi perhatian dan tindakan segera oleh LUAS supaya ia tidak menjejaskan keperluan masyarakat. YB ELIZABETH WONG Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Sent from my BlackBerry® |
| JAIS dan Nurul Izzah perlu berbincang secara baik - MB Selangor Posted: 07 Nov 2012 10:44 AM PST MENTERI Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar sebagai tindakan positif untuk membuka perbincangan sesama Islam dan menguatkan persefahaman ummah. Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab JAIS untuk pro-aktif dan memahami maksud sebenar kenyataan YB Nurul Izzah seterusnya menyelesaikan sebarang kekeliruan supaya tiada perbezaan pemahaman. Menteri Besar yakin YB Nurul Izzah berniat baik ketika membuat kenyataan itu. "Satu perkara yang jelas ialah tiada orang Islam yang mahukan saudara Islamnya meninggalkan agama. Adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk menjaga masyarakat Islam lain dengan lebih baik," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat EXCO hari ini. Beliau menyokong dan memuji kesediaaan YB Nurul Izzah untuk berjumpa dengan JAIS bagi menerangkan maksud sebenar di sebalik ucapannya yang didakwa telah diputar belitkan oleh media dan penulis blog. "Saya dapati ada sesetengah laporan berita yang telah lari konsep awal (maksud sebenar) termasuk Utusan Malaysia yang menyiarkan laporam berita seolah-olah kenyataan YB Nurul Izzah itu ke arah 'kenerakaan'. "Pada saya ini perkara ini tidak betul dan kita perlu selesaikan dengan baik demi kebaikan umat Islam bersama," katanya. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR Sent from my BlackBerry® |
| Rahsia menarik rezeki paling ajaib Posted: 07 Nov 2012 04:47 AM PST SEKIRANYA anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah, selepas ilmu-ilmu diaktifkan anda mampu mendapatkan apa yang anda inginkan, anda boleh mempengaruhi orang lain dari jarak jauh atau dekat. Anda juga akan memiliki panca indera ke-6 untuk menyelesaikan pelbagai masalah spritual dan saintifik! Inilah keilmuan yang akan kami kongsikan... KEREZEKIAN - Rahsia wang/Menarik kemewahan - Multi Bio Magnetic MoneyAmalan ini sangat bagus bagi mereka yang bekerja sebagai sales marketing,ahli perniagaan dll. Hanya melalui berjabat tangan anda, insyaAllah ilmu ini akan aktif dan berfungsi secara ghaib menembus medan fikiran orang yang berjabat tangan dengan anda, maka si calon pembeli/sesiapa saja akan tergugah semangat dan simpatinya kepada anda, sehingga dia dengan senang hati mahu membeli produk-produk yang anda tawarkan atau menerima cadangan/proposal anda. Cara ini juga dapat digunakan ketika kita sedang terdesak dan perlukan bantuan dana dari siapapun.Insya Allah. Bagaimanapun ilmu ini tidak boleh digunakan untuk penipuan LATIHAN TAFAKUR ISMU ZATAMALAN JALBUR REZEKI 1 (ilmu secara lisan) AMALAN JALBUR REZEKI 2 (ilmu secara lisan) GETARAN FREKUENSI ILAHI-Latihan tafakur frekuensi ilahi Setelah anda melakukan Pengkatifan Daya Ghaib, dengan Tafakur Frekuensi Ilahi anda boleh melakukan pengesanan bagi mengetahui Ilmu seseorang, energi seseorang , energi rumah, mengambil frekuensi tempat-tempat yang mempunyai energi yang kuat, frekuensi kosmik, frekuensi seseorang dan lain-lain untuk keperluan sehari-hari dengan menggunakan kaedah GETARAN FREKUENSI ILAHI. Hasil dari latihan yang anda lakukan secara istiqamah maka frekuensi yang ada dalam diri anda dapat melakukan pengesanan sehingga mencapai kebenaran 99% dan penarikan frekuensi hampir 100%. InsyaAllah ILMU KEPEKAAN BATINKemudahan mendapat isyarat batin dari Allah, Meninggikan kualiti antena, batin seseorang, Meninggikan kualiti tembus pengesanan, Memekakan batin terhadap isyarat Allah, Boleh menangkap getaran batin secara tepat. Ilmu ini ada banyak lagi kegunaan rahsia yang hanya akan dirasai oleh pengamalnya PENGASIHAN/KEWIBAWAANDaya Pengasihan adalah amat penting sekali bagi yang membuat bisnes atau sering berhubung dengan orang ramai atau juga untuk meraih simpati, kasih sayang dan kewibawaan dan lain-lain. Amalan yang akan diperturunkan adalah amat ampuh(berkesan), jadi tidak dibenarkan anda menggunakannya secara salah. Anda akan diajar cara untuk membuat minyak dan air pengasih dari ayat Quran yang tujuannya hanya untuk kebaikan Keterangan lanjut sila layari |
| Minit mesyuarat dedah MIC terlibat lulus projek kondominium mewah di Batu Caves Posted: 07 Nov 2012 04:12 AM PST TIDAK habis lagi dengan isu kelulusan kondominium mewah berhampiran Batu Caves. Parti komponen Barisan Nasional, MIC kali ini dimalukan lagi melalui akhbar The Sun yang melaporkan bahawa MIC terlibat meluluskan kondominium yang dibantah oleh mereka sendiri. Minit mesyuarat mendedahkan bahawa Timbalan Menteri Luar Datuk A Kohillan Pillay bersama tiga lagi wakil MIC telah memberikan undi untuk meluluskan projek kondominium mewah, Dolomite Park Avenue berhampiran Batu Caves pada 29 Nov 2007. ![]() Namun pada 26 Oktober 2012 yang lalu, bekas Presiden MIC, Datuk Samy Vellu bersama kira-kira 300 kaum India berhimpun di Batu Caves kononnya untuk membantah Kerajaan Negeri Selangor kerana meluluskan projek yang kononnya akan merosakkan struktur Kuil Batu Caves rujuk sini [Isu Kuil]. Namun akhirnya cubaan mereka memainkan sentimen agama bagi meraih sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional gagal apabila satu persatu tembelang mereka kantoi kah kah kah... ReJaM© "Sendiri berak sendiri basuhlah, apa pasal tuduh orang? Ayooo... " |
| Video propaganda bodoh Umno di YouTube dapat lebih 3000 dislikes Posted: 06 Nov 2012 05:15 PM PST MACAM-macam cara untuk memperbodohkan rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat. Terbaru sebuah video propaganda entah hape-hape dimuat naik di internet menyeru rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat. Apa yang melucukan, lelaki yang berlakon di dalam video propaganda itu membayangkan kononnya dalam masa 100 hari pertama, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, negara ini akan jahanam. Teringat kata-kata bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kononnya Negeri Selangor akan bangkrap dalam masa dua tahun jika Pakatan Rakyat memerintah negeri itu. Tapi sampai sekarang Negeri Selangor tak bangkrap-bangkrap, malah makin maju kah kah kah... Menurut sahabat blogger ASD, lelaki yang muncul dalam video ini adalah pelakon drama Alia Kasih bernama Afzan. Tinjauan ReJaM© di YouTube mendapati, setakat artikel ini ditulis, video propaganda bodoh itu telah mendapat 3157 undian dislikes berbanding hanya 37 likes. Ini maknanya, warga internet tidak bodoh untuk mempercayai propaganda bodoh seperti ini. ReJaM© "Propaganda bodoh untuk orang-orang bodoh... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.