Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Malaysia negara ke lapan paling bahagia cerita bohong Ketua Polis Negara?

Posted: 19 Nov 2012 12:34 PM PST

UTUSAN Malaysia akhbar propaganda milik Umno, mencanangkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mendakwa Negara Malaysia merupakan negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian World Happiness Report.

Kononnya negara Malaysia berjaya mengalahkan negara-negara maju di dunia sebagai negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh World Happiness Report yang diterbitkan oleh Universiti Colombia [Sumber].



Boleh percaya ke penilaian yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara ini? Cuba anda perhatikan pula laporan portal berita dunia CNN tentang laporan The Happiness Report bertarikh 3 Oktober 2012 di bawah ini. Laporan ini masih baru dan terkini tidak sampai pun sebulan yang lalu.



Kalau kita lihat laporan portal berita dunia, CNN menunjukkan negara-negara membangun mengatasi negara-negara maju sebagai negara paling bahagia di dunia. Namun Malaysia tiada pun dalam senarai sepuluh negara paling bahagia.

Dalam penilaian yang disiarkan oleh CNN, tangga ke 8 sebagai negara paling bahagia di dunia adalah Nicaragua, bukannya Malaysia.



Sila rujuk sendiri portal CNN, klik sini [CNN]. Hasil penilaian yang dilaporkan oleh CNN nampaknya berlainan dengan sumber rujukan Ketua Polis Negara iaitu bersumberkan laporan yang dikeluarkan oleh Universiti Colombia.

Dua kajian dengan tujuan yang sama, dengan jangka masa yang sama namun memberikan keputusan yang jauh berbeza bolehkah dijadikan sebagai ukuran sebenar tahap kebahagiaan sesebuah negara?

Lihat juga satu lagi penilaian di bawah ini yang menunjukkan Malaysia di tangga ke #84 sebagai negara paling bahagia di dunia daripada 150 buah negara yang dinilai [Sumber]. Jadi kita nak percaya yang mana?




ReJaM© "Kajian gua Malaysia negara ke 8 paling tidak bahagia kah kah kah... "

Bukti minyak sawit mentah negara dijual kepada syarikat Israel

Posted: 18 Nov 2012 11:31 PM PST

BUKTI penjualan Minyak Sawit Mentah, MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman mendedahkan salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.



Menurut Mazlan Aliman, perkara ini berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar dikuasai oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga berketurunan India yang berpengkalan di Dubai.

Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini telah dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

Detik hitam bermula, minyak sawit mentah mula dijual kepada syarikat Israel!

Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, Gaza jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini. Pemimpin Umno berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawit daripada hasil negara kepada Israel!


ReJaM© "Ini akibatnya bila pemimpin hipokrit dibiarkan mentadbir negara "

Sumber: [Mazlan Aliman]

Pendirian Mahasiswa terhadap serangan Israel di Gaza

Posted: 18 Nov 2012 08:18 PM PST

GAZA dan Palestin terus diserang, selepas serangan demi serangan berlangsung sejak 1948 sehingga kembali meletus sejak Rabu (14 Nov.) lepas. Israel yang bertanggungjawab ke atas serangan ini terus rakus bertindak di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa demi menjayakan agenda pembentukan wilayah Israel raya. Amerika Syarikat (AS) pasti sekali. bersekutu dan berkerjasama dalam hal ini demi memastikan kepentingannya terpelihara. 

Terbaru, Israel telah menyatakan komitmennya untuk melancarkan serangan ke atas hampir 1000 sasaran melibatkan pejabat, rumah pejuang dan pusat ketenteraan HAMAS di Gaza. Dalam serangan sejak Rabu lalu itu, kini telah mengorbankan lebih 50 orang penduduk Gaza dan ratusan yang lain cedera teruk.

Gaza kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dengan bilangan penduduk mencecah 1.7 juta orang di dalam kawasan berkeluasan 140 miles persegi menjadikan Gaza sebagai salah satu tempat paling padat di dunia. Lebih 10% kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun terbantut tumbesaran mereka, lebih 30% hidup tanpa pekerjaan, setiap 1 daripada 5 kanak-kanaknya mengalami Post-Traumatic Stress Disorder, 45% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, hak asasi mereka khususnya makanan dan tempat tinggal diragut kejam oleh perbuatan durjana tentera Israel.

Perkembangan terkini ini sangat membimbangkan. Israel dan sekutunya tidak mustahil akan melakukan seperti dalam 'Six Days War' pada tahun 1967 sehingga terjajahnya sebahagian besar bumi Palestin, semenanjung Sinai dan Bukit Golan, atau juga 'Operation Cast Lead' pada tahun 2008 yang mengorbankan lebih 1000 orang penduduk Gaza, bahkan mereka pasti bersiap siaga untuk melakukan lebih daripada itu. Jika tiada peranan masyarakat dunia, negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin, dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk membendung konflik ini, perang besar pasti akan meletus lagi.

Alhamdulillah, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing. Di peringat antarabangsa, kebijakan dan komitmen Mesir dan Turki dalam menangani krisis ini amat diharapkan oleh muslim seluruh dunia. Liga Arab, OIC dan EU perlu lebih tegas dan melakukan tindakan secara lebih komprehensif dan kolektif. PBB pula mesti bersikap adil menjalankan fungsinya dan tidak menjadi budak suruhan Israel dan AS dengan tunduk kepada kemahuan mereka bersandar kepada alasan "...hak dan tanggungjawab Israel untuk melindungi rakyatnya...". Di Malaysia pula, kerajaan, parti politik, NGO Islam, pertubuhan hak asasi manusia, media dan masyarakat perlu berpakat berpadu tenaga menyelamatkan warga Gaza dan tanah air Palestin.

InsyaAllah, GAMIS dengan upaya yang ada akan turut serta berpartisipasi menangani isu ini khususnya dalam memberi kefahaman dan maklumat semasa kepada masyarakat, dan akan mengadakan pertemuan serta kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengatur tindakan yang lebih efektif. Selepas mengadakan pertemuan dengan duta Mesir Jumaat lalu, Selasa ini GAMIS akan bertemu pula dengan duta Turki untuk mendapat maklum balas terkini perkembangan peranan Turki dalam isu ini dan juga bertujuan untuk menyerahkan beberapa cadangan kepada pihak kedutaan. Rabu ini pula GAMIS bercadang untuk mengadakan piket mega di hadapan pejabat United Nations (UN) di Kuala Lumpur.

Meneliti sejarah panjang Gaza dan Palestin ini, GAMIS yakin dan percaya bahawa pendekatan 'two state solution' pun tidak mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang telah bergolak sejak berabad lamanya ini. GAMIS menyokong penuh perjuangan HAMAS dan rakyat Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. HAMAS dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid. Allahuakbar.


AZAN SAFAR
Presiden GAMIS
(Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia)

Sent from my BlackBerry®

Pakatan Rakyat tawan putrajaya, siapa paling layak jadi PM?

Posted: 18 Nov 2012 05:26 PM PST

TERBARU, seakan ada sedikit pergeseran atau polemik berhubung jawatan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya menawan putrajaya. Ada yang mencadangkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia nanti.

Usul atau cadangan melantik Presiden PAS sebagai perdana menteri muncul dalam muktamar tahunan Parti Islam, PAS yang ke 58 di Kelantan baru-baru ini. Jika sebelum ini, umum mengetahui bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sering disebut-sebut sebagai PM daripada Pakatan Rakyat.

Suka ReJaM® untuk berikan pendapat peribadi dalam hal ini. Kita perlu realistik di dalam memilih perdana menteri bagi memikul amanah mentadbir negara ini. Jawatan perdana menteri satu tugas yang berat, tugas yang harus diberikan kepada pemimpin yang benar-benar layak.

Sebelum melangkah naik ke jawatan paling tinggi dalam negara, iaitu jawatan perdana menteri, seorang pemimpin itu mesti memegang jawatan menteri-menteri lain bagi menimba pengalaman dan diuji kebolehannya.

Seorang pemimpin mesti menimba pengalaman terlebih dahulu tentang selok belok, dan sepak terajang pentadbiran dalam kementerian-kementerian yang lebih rendah, seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

Kalau kita lihat Kementerian Pendidikan boleh dianggap ujian terakhir sebelum seseorang pemimpin layak dicadangkan untuk memegang jawatan perdana menteri. Ini kerana kementerian pendidikan adalah kementerian paling besar dan jawatan menteri pendidikan adalah jawatan paling mencabar kerana perlu mentadbir setiap sekolah yang ada di setiap ceruk pelusuk negara, setiap kampung, daerah, dan negeri dari Perlis sampailah ke Sabah.

Selepas menimba pengalaman dalam kementerian-kementerian yang lebih rendah barulah seorang pemimpin itu layak ke jawatan timbalan perdana menteri sekaligus melalui satu lagi sepak terajang pentadbiran negara secara keseluruhan di samping menunggu masa kekosongan jawatan nombor satu negara.

Dalam Pakatan Rakyat, hanya Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang sudah melepasi semua ujian yang disebutkan di atas malah beliau merupakan seorang timbalan perdana menteri sebelum dipecat dengan zalim oleh Mahathir.

Maka pendapat ReJaM® secara peribadi, Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling layak dibebankan dengan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Malaysia. Kelak beliau jugalah yang harus mendidik pemimpin pelapis untuk memegang jawatan itu bagi menggantikannya.

Menyerahkan tugas kepada orang yang benar-benar layak adalah satu tanggung jawab. Apa pula kata anda?

Sent from my BlackBerry®

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger