Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Setiausaha Politik MB Selangor berjaya cetuskan huru hara

Posted: 08 Oct 2012 10:56 AM PDT

SUDAH lama kita perhatikan, berulang kali Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin mencetuskan kontroversi kepada KEADILAN Selangor. Ada sahaja yang tidak kena di matanya.

Terbaru, Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali memuji kewibawaan dan kepakaran Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dan menyebut bahawa beliau diperlukan di peringkat pusat untuk melaksanakan Janji Jingga 100 hari jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Kita sedia maklum Tan Sri Khalid pakar selok belok ekonomi, berjaya membangunkan Negeri Selangor, bukankah lebih elok kepakaran ini dibawa ke pusat agar beliau memajukan ekonomi Malaysia seperti mana beliau memajukan negeri Selangor?

Namun apa yang mengejutkan, Faekah cuba membawa isu ini kepada konflik dan kontroversi apabila mengambil sisi negatif dengan menuduh Azmin mahu menentukan jawatan Menteri Besar Selangor pula.

Malah Faekah nampaknya mahu memanjangkan lagi isu ini sehinggakan sanggup mengheret isu ini sampai kepada kuasa sultan dan lain-lain.



Faekah Hussin ini hanyalah seorang penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Negeri Selangor dan tiada apa-apa jawatan dalam KEADILAN, tapi gemar menimbulkan kontroversi dan huru hara di dalam KEADILAN Selangor, suka mempersoalkan itu dan ini.

Malah sebelum ini Faekah pernah mahu mengharamkan Ibrahim Ali memijak negeri Selangor, seolah-olah Negeri Selangor ini milik bapak dia rujuk sini [Faekah].

Kalau kita lihat, YB Azmin Ali dan Tan Sri Khalid mempunyai hubungan yang baik dan rapat, contohnya di parlimen hari ini, kita boleh lihat mereka segandingan keluar bersama-sama selesai sesi perbahasan.



Kalau kita lihat Tan Sri Khalid sendiri tiada masaalah dengan YB Azmin Ali, tapi setiausaha politiknya pula yang "lebih sudu dari kuah". Faekah Hussin ini nampaknya cuba melaga-lagakan Tan Sri Khalid dan YB Azmin Ali.

Selepas ini kalau orang nak kata MiLo SuaM jadi ejen Umno atau ejen Rosmah itu korang punya pasal. Gua tak lawan KEADILAN atau Pakatan Rakyat, tapi gua lawan Penjawat Awam yang besar kepala.



ReJaM© "Banyak kali buat hal nak tunggu apa lagi? Pecat sajalah... "

Portal berita antarabangsa Reuters bongkar tembelang Tun Mahathir

Posted: 08 Oct 2012 06:42 AM PDT

PORTAL berita berpengaruh antarabangsa, Reuters yang selama ini menjadi rujukan protal-portal berita tempatan menyiarkan pengakuan seorang suri rumah warga asing yang mengaku diberikan kerakyatan oleh Tun Mahathir.

Suri rumah itu, Fawziah Abdul, 50 meluahkan rasa terima kasih kepada bekas perdana menteri itu kerana telah memberikannya kerakyatan Malaysia selepas menyelinap ke Borneo secara haram dari selatan Filipina.



Difahamkan suri rumah itu diberi kerakyatan dengan syarat mengundi parti pemerintah Barisan Nasional, ini berikutan harapannya agar 3 orang anak-anaknya juga akan memperolehi rumah baru dan kad pengenalan jika mengundi Barisan Nasional sekali lagi.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir. Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warganegara yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

ReJaM© "Lagi bukti Pemimpin BN Sabah dipilih oleh warga asing "

Tun Mahathir lupa beliaulah yang membersihkan nama George Soros

Posted: 07 Oct 2012 06:00 PM PDT

RAKYAT Malaysia tidak akan kenal dengan George Soros jika tidak dikenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Tun Mahathir orang yang mempopularkan George Soros di negara ini.

Rakyat Malaysia mulai mengenal George Soros sejak Tun Mahathir menghentam spekulator matawang kaya raya itu dan menuduhnya sebagai punca kejatuhan matawang dan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Tun Mahathir menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang. Beliau mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah kerana penyangak matawang ini meskipun Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah dirinya sendiri.

Tun Mahathir mahu rakyat percaya bahawa George Soros menjahanamkan ekonomi Malaysia walaupun segala kuasa, keputusan dan lain-lain di dalam menentukan hala tuju ekonomi negara terletak di dalam tangan beliau pada waktu itu.

Cuba periksa di internet, tulis saja "Mahathir dan George Soros" di Google maka berlambak-lambak gambar Tun Mahathir bermesra bersama orang yang digelarkannya sebagai penyangak matawang itu boleh ditemui.

Setelah hampir 10 tahun Tun Mahathir menghentam dan meletakkan punca kejatuhan ekonomi Malaysia 1997 di atas bahu George Soros, pada tahun 2006, beliau jugalah orang yang membersihkan nama penyangak matawang itu.

Pada 16 Disember 2006, The Star melaporkan Tun Mahathir telah berjumpa dengan George Soros dan membuat kesimpulan bahawa spekulator matawang itu tidak boleh dipersalahkan di atas kejatuhan ekonomi Malaysia kerana dia tidak melakukannya.



Jelas di sini, Tun Mahathir telah mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap George Soros. Daripada  watak penyangak matawang yang diciptanya kepada insan yang tidak berdosa menyebabkan kejatuhan ekonomi Malaysia.

Namun kali ini, beliau kembali semula dengan propaganda lamanya menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang yang kejam semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat daripada menyokong Pakatan Rakyat.

Tun Mahathir menyebarkan propaganda baru kononnya mengundi Pakatan Rakyat bermakna mengundi George Soros. Maka George Soros terpaksa diberi persepsi jahat semula supaya relevan dengan propaganda baru ini.




ReJaM© "Seronok tak kena tipu dengan Tun Mahathir? Kah kah kah... "

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger