MiLo SuaM |
- Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri untuk malukan Najib?
- Blogger Umno dakwa Azmin Ali bakal jadi MB Selangor yang baru
- Bapa saudara Sultan Terengganu sertai Parti Islam, PAS
Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri untuk malukan Najib? Posted: 07 Oct 2012 03:00 PM PDT LIHAT gambar di bawah ini baik-baik. Di bawah ini gambar banner promosi Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri yang akan diadakan di Dewan Tungku Canselor Universiti Malaya pada 10 Oktober ini. Banner promosi ini turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Najib Razak yang diketahui umum oleh rakyat Malaysia bahawa beliau tidak berani menyahut cabaran debat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. ![]() Rasanya sudah lebih sepuluh kali Perdana Menteri Malaysia yang lemah ini dicabar untuk berdebat. Alasan popular yang diberikan Najib untuk mengelak daripada berdebat ialah "debat bukan budaya kita". Terbaru, Anwar Ibrahim menjemput beliau untuk membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan di parlimen pun beliau tak berani, malah sanggup ponteng sidang parlimen. Nampaknya banner promosi Debat Piala Perdana Menteri ini dengan gambar Najib Razak jelas akan menjadi bahan ketawa mahasiswa dan mahasiswi di universiti serta seluruh rakyat Malaysia Kalau debat bukan budaya kita, kenapa tak haramkan sahaja Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri ini? Kah kah kah... ReJaM© "Ajur debat Piala Perdana Menteri, tapi Perdana Menteri sendiri takut berdebat... " Sumber Gambar: Facebook |
Blogger Umno dakwa Azmin Ali bakal jadi MB Selangor yang baru Posted: 06 Oct 2012 09:11 PM PDT KEBELAKANGAN ini blogger United Malays No Otak, Umno sibuk menyebarkan cerita kononnya Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali mahu merampas jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim. ![]() Tapi dalam masa yang sama, Utusan Malaysia bersumberkan blog lucah Papa Gomo yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama dua minggu (kes rasuah) menyiarkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat dan meletakkan Azmin Ali sebagai Menteri Dalam Negeri. ![]() Nampaknya mereka tersepit di antara dua propaganda. Mereka cuba melaga-lagakan Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam masa yang sama mereka mahu rakyat percaya bahawa Kabinet Pakatan Rakyat bersifat "nepotisme". Salah seorang yang percaya dengan Kabinet Bayangan ciptaan Utusan Syaitan dan Papa Gomo ini ialah Shahrizat Jalil yang mengkritik kabinet bayangan ciptaan mereka sendiri kah kah kah... Rujuk sini [Utusan Syaitan] ReJaM© "Cipta propaganda pun hancur tanda BN hampir berkubur... " |
Bapa saudara Sultan Terengganu sertai Parti Islam, PAS Posted: 06 Oct 2012 05:24 PM PDT BAPA saudara Sultan Terengganu, menyerahkan borang untuk menyertai Parti Islam, PAS kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Himpunan Kebangkitan Rakyat, PGU (PAS ganti Umno) kali ke 5. ![]() Penyerahan borang oleh Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu turut disaksikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam, PAS. Kerabat diraja itu pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990-1995 mewakili Parti Semangat 46/Angkatan Perpaduan Ummah (APU) Apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996, beliau telah kembali semula ke Umno Kini beliau kembali untuk berjuang bersama Pakatan Rakyat. ReJaM© "Selamat datang, selamat berjuang... " Sumber gambar: Omakkau |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.