Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Video live #TanyaNajib terima lebih banyak dislikes, berbanding likes

Posted: 03 Oct 2012 08:17 AM PDT

SEBENTAR tadi baru sahaja selesai program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube. Najib Razak dilihat berbelanja besar untuk mempromosikan program tersebut.

Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan pengiklanan di Google Adsense dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda rujuk sini [Promosi #TanyaNajib].

Kalau dilihat, Najib Razak cuba menandingi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.

Malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya.

Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube]



Malah program soal jawab tentang Bajet 2013 bersama Najib Razak ini nampaknya sekadar menjadi bahan lawak di Twitter. Ini jelas membuktikan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib Razak kurang disenangi oleh golongan anak muda (majoriti pengguna internet).


ReJaM© "Bertambah lambatlah Pilihanraya nampaknya... "

Gara-gara takut berdebat, Najib jadi bahan lawak penjual roti canai

Posted: 02 Oct 2012 06:00 PM PDT

PERDANA Menteri, Najib Razak yang sering kali mengelak apabila diajak dan dicabar berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terus menjadi bahan lawak orang ramai kerana menjadi satu-satunya Perdana Menteri di dunia yang takut berdebat.

Pengalaman ReJaM© sendiri di sebuah kedai mamak di Petaling Jaya, Selangor sebelum ini, ramai anak muda yang memesan roti Najib, jika ingin menikmati roti canai tiada telur. Mamak pun sudah faham bahawa Roti Najib maksudnya Roti Tiada Telur (roti kosong).

Tambah melucukan ada juga peniaga roti canai yang meletakkan menu Roti Najib, merujuk kepada roti kosong di premis mereka yang dijual dengan harga RM0.80. Rujuk gambar di bawah.



Sumber Gambar: Jalan Pulang

ReJaM© "Patutnya letaklah Roti Najib dan Roti Rosmah kah kah kah... "

Gadai nyawa, 50 tahun rakyat di Pahang mohon jambatan tak dapat

Posted: 02 Oct 2012 04:56 PM PDT

SLOGAN rakyat didahulukan ternyata retorik politik yang hanya lunak di telinga dan manis di media-media pengampu Barisan Nasional seperti Utusan Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin.

Apa tidaknya, orang yang mencanangkan slogan itu di seluruh negara, di seluruh media cengkamannya, iaitu Perdana Menteri Najib Razak, namun rakyat di negerinya sendiri nampaknya tidak didahulukan.

Buktinya, laporan akhbar Sinar Harian edisi Johor hari ini, muka surat 42 yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM, menyaksikan 50 tahun penduduk Kampung Seberang Jambatan Keretapi, Mentakab terpaksa menggadai nyawa.



Ini berikutan, para penduduk di kampung itu terpaksa menggunakan jambatan yang sama digunakan oleh keretapi untuk urusan harian mereka lantaran sejak setengah abad lalu tiada jalan alternatif lain yang dapat digunakan.

Penduduk pernah permohonan jambatan sebelum ini kepada Menteri Pengangkutan dan juga Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh, Pahang, namun nampaknya surat permohonan itu barangkali sudah selamat ke tong sampah berikutan tiada sebarang tindakan susulan diambil.



Hal ini jelas sekali melibatkan nyawa rakyat namun tidak diendahkan. Jadi di manakah relevannya slogan "Rakyat didahulukan"? Jika hal yang boleh membahayakan nyawa rakyat pun tidak diambil peduli, apa lagi perkara lain?

ReJaM© "Rakyat didungukan, duit diu'tamak'kan... "

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger