MiLo SuaM |
| BN gagal bawa pembangunan di Sabah pembohongan besar kata TKM Posted: 05 Oct 2012 03:03 PM PDT TIMBALAN Ketua Menteri,(TKM) Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, nampaknya betul-betul marah apabila pembangkang menuduh Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di Negeri Sabah selepas memerintah negeri itu selama 49 tahun. Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas 49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia. Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman. Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah, Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah. Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti. ReJaM© "Pairin Kitingan mahu tipu siapa? Rakyat atau diri sendiri? " |
| Najib pemimpin Asia Tenggara pertama gunakan Google Hangouts? Posted: 04 Oct 2012 10:10 PM PDT MEMETIK satu laporan portal berbahasa Inggeris The Star, akhbar online milik MCA itu mendakwa, Najib Razak yang bersiaran secara langsung dalam #TanyaNajib di YouTube merupakan pemimpin asia tenggara pertama menggunakan Google Hangouts. Namun kalau kita lihat, pada 17 Ogos 2012 yang lalu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terlebih dahulu telah menggunakan Google Hangouts di dalam program #BorakAnwar yang bersiaran secara langsung di YouTube. Beliau sekaligus menjadi rakyat Malaysia serta pemimpin pertama di Asia Tenggara yang menggunakan Google Hangouts untuk bersiaran secara langsung menerusi program #BorakAnwar [YouTube]. Apa yang lebih penting, video #BorakAnwar masih boleh diakses sehingga kini serta menerima lebih banyak undian likes berbanding dislikes, tidak seperti yang berlaku kepada video #TanyaNajib yang menerima puluhan ribu dislikes rujuk sini [Tanya Najib]. ReJaM© "Pemimpin Asia Tenggara pertama dapat puluhan ribu dislikes di Google Hangouts" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.