Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Video #TanyaNajib terima 1,400 dislikes rupanya fitnah pembangkang!

Posted: 04 Oct 2012 03:00 PM PDT

SEJAK semalam kecoh cerita tentang video siaran langsung Najib Razak dalam program #TanyaNajib di google Hang Out yang dikatakan menerima lebih 1,400 undian dislikes (tidak suka) daripada pengguna internet.

Video tersebut akhirnya terpaksa ditetapkan kepada "private" bagi mengelakkan undian dislikes terus meningkat kepada puluhan ribu. Jelas dan nyata perbincangan belanjawan 2013 itu tidak disukai oleh majoriti penontonnya dan sekadar menjadi bahan lawak rujuk sini [#TanyaNajib]

Namun hari ini, nampaknya berita tersebut terbukti adalah fitnah yang dilontarkan oleh blog-blog pembangkang. Dakwaan mengatakan video #TanyaNajib menerima 1,400 dislikes adalah tidak benar lihat printscreen di bawah.



Oleh kerana video siaran langsung #TanyaNajib di YouTube sudah tidak dapat diakses, maka video versi kedua pula dimuat naik oleh Astro Awani di [YouTube]. Setakat artikel ini ditulis, video ini telah menerima 9,789 dislikes.

Apa kata berikan undian ada pula kepada video ini, klik [YouTube].

ReJaM© "1,400 dislikes fitnah! 9,789 dislikes barulah betul kah kah kah... "

Bendera parti pembangkang digantung lebih tinggi dari jalur gemilang di Pulau Pinang

Posted: 04 Oct 2012 06:44 AM PDT

PIHAK pembangkang di Pulau Pinang, dilihat memasang bendera parti lebih tinggi daripada bendera kebanggaan negara, jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku di depan salah sebuah pasar raya di Island Plaza, Pulau Pinang.

Perkara ini didedahkan oleh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau menunjukkan gambar yang dirakamkan melalui telefon bimbitnya.

Rujuk gambar di bawah, bendera parti pembangkang Pulau Pinang, Barisan Nasional digantung jauh lebih tinggi daripada jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang.



Sumber gambar: Faqar

Ahli majlis itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian ini selepas didapati ada bendera-bendera  dikatakan digantung di atas lampu-lampu jalan menggunakan kren jentera secara haram tanpa permit majlis (MPPP) dan permit polis, namun pihak Barisan Nasional tidak mahu mengaku bertanggungjawab.

Cuba anda bayangkan jika bendera yang dipasang itu adalah bendera Parti Islam, PAS, KEADILAN, ataupun DAP. Sudah tentu isu ini akan diputarkan siang malam pagi dan petang di media-media arus perdana.

Lihat di sini jelas sekali menunjukkan bahawa Barisan Nasional lebih mengutamakan parti berbanding negara dan negeri. Parti lebih diutamakan berbanding rakyat. Biarlah rakyat mati asalkan parti selamat.

ReJaM© "Barisan Nasional nak buat apa semua boleh, semua betul... "

Najib Razak seronok dan puas jadi bahan lawak dalam program #TanyaNajib?

Posted: 03 Oct 2012 08:27 PM PDT

BENARKAH Najib Razak gembira dengan respon rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam program #TanyaNajib semalam?

Utusan Malaysia melaporkan, Najib mengakui amat seronok dan puas dapat menerima maklum balas secara langsung daripada rakyat pelbagai lapisan.



Namun kalau kita lihat semalam, program Tanya Najib melalui hashtag #TanyaNajib di Twitter tidak lebih sekadar menjadi bahan lawak jenaka anak muda mempersendakan Najib Razak dengan soalan yang bukan-bukan.

Hasil tinjauan ReJaM© pagi tadi juga menunjukkan ramai pengguna twitter yang menganggap program #TanyaNajib sekadar menjadi bahan lawak dan senda gurau.



Sama ada Najib berpura-pura suka, atau dia sendiri tak tengok pun soalan-soalan yang keluar melalui hashtag #TanyaNajib tu.

Dakwaan Najib mengatakan dia gembira menerima maklum balas sekadar menyedapkan hatinya, atau skrip yang sudah diatur sama seperti jawapan beliau ketika menjawab soalan di program siaran langsung semalam.




ReJaM© "Najib suka ke jadi bahan lawak? Siap seronok & berpuas hati bagai? "

Penyanyi Amerika Janet Jackson peluk Islam

Posted: 03 Oct 2012 03:26 PM PDT

BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.



Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.

Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam.

Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.

Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .

Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"

Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010.

Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata

"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah"

ReJaM© "Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara kita... "

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger