MiLo SuaM |
- Ahli Parlimen BN tolak saman AES, kerana Pilihanraya Umum 13 sudah dekat
- Isu jual aset PKNS, kerajaan Selangor saman Utusan Malaysia
- MB Selangor dimaki hamun dan dihalau dengan parang di tangan
- Projek Langat 2, Saya keras kepala untuk jaga duit rakyat kata MB Selangor
- Isu kuil, MP BN, Kamalanathan bongkar kebodohan MIC
| Ahli Parlimen BN tolak saman AES, kerana Pilihanraya Umum 13 sudah dekat Posted: 31 Oct 2012 07:32 AM PDT SAMAN Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) yang sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pimpinan Pakatan Rakyat kerana disifatkan membebankan rakyat serta hanya menguntungkan kroni akhirnya turut dibantah oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Namun bezanya, Ahli Parlimen Barisan Nasional membantah SR1M ini bukan kerana bersetuju bahawa ia membebankan rakyat, sebaliknya kerana pilihanraya umum ke 13, PRU13 sudah hampir dan mereka bimbang BN kalah kerana isu saman AES ini [Sinar]. Ini bermakna, Ahli Parlimen BN hanya tidak bersetuju AES ini dilaksanakan waktu ini. Namun selepas pilihanraya Umum nanti, jika Barisan Nasional menang, saman ini akan dilaksanakan semula. ReJaM© "Tolak BN PRU13 untuk lenyapkan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M " |
| Isu jual aset PKNS, kerajaan Selangor saman Utusan Malaysia Posted: 31 Oct 2012 06:54 AM PDT DAKWAAN kononnya Kerajaan Negeri Selangor menjual aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS terus berlarutan meskipun sudah dijelaskan bahawa PKNS hanya memindahkan aset-aset yang didakwa kepada anak syarikatnya sahaja. Sebelum ini, MiLo SuaM juga pernah mendedahkan kejahilan Menteri Asas Tani, Noh Omar yang juga merupakan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, apabila beliau dilihat tidak tahu apa yang dicakapkan berhubung isu ini rujuk sini [Noh Omar] Gara-gara media milik Umno dan Barisan Nasional terus menerus memainkan isu ini meskipun telah dijelaskan berulang kali bahawa tiada aset PKNS yang dijual, Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengambil keputusan untuk menyaman akhbar milik Umno, Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan). Tindakan undang-undang diambil terhadap Utusan Malaysia kerana mengeluarkan sebuah artikel fitnah yang dilihat cuba melaga-lagakan Kerajaan Negeri Selangor, dengan Sultan Selangor. Berikut artikel yang dimaksudkan [Utusan]. ![]() Artikel tersebut bertajuk "Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?" diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan. Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi. "Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. "Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar," tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu. Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama. "Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu. "Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan," tambah beliau. Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta). ReJaM© "Utusan Syaitan sanggup kena saman asalkan propaganda mereka berjaya bodohkan orang kampung... " |
| MB Selangor dimaki hamun dan dihalau dengan parang di tangan Posted: 30 Oct 2012 11:40 PM PDT KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan. Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau. Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai. Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila. Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan. Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak. Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus. ReJaM© "Orang Melayu jadi bodoh kerana menyokong Umno... " |
| Projek Langat 2, Saya keras kepala untuk jaga duit rakyat kata MB Selangor Posted: 31 Oct 2012 12:46 PM PDT KERAJAAN Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Projek Langat 2 membekalkan air dari Negeri Pahang di mana projek ini akan menelan belanja RM3 Billion (RM3000 juta). Manakala Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada KEADILAN, menolak perlaksanaan itu yang disifatkan memakan belanja yang sangat besar dan tidak menyelesaikan masaalah sebenar. Perkara ini sudah berlarutan begitu lama. Perkembangan terbaru di dewan rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam soalan lisannya kepada menteri, beliau mendedahkan kandungan kertas kerja bahawa terdapat pilihan-pilihan lain (kos-kos bandingan) yang lebih baik berbanding projek Langat 2 dari segi kos dan kecekapan pengurusan (management efficiency). Tan Sri Khalid juga mendedahkan bahawa keluaran air terawat di Negeri Selangor melebihi 5 juta liter sehari, namun penggunaan paling banyak hanyalah 3.5 juta liter sehari. Ini bermakna sekitar 1.5 Juta liter air bocor (dibazirkan) setiap hari. Kebocoran air (Non-revenue water) inilah yang menyebabkan kekurangan air di Negeri Selangor. Namun kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menebuk gunung dan menebang hutan bagi mengambil air daripada Pahang untuk menyelesaikan masaalah ini. Bagaimanapun, pendedahan Tan Sri Khalid di dewan rakyat ini disahut oleh salah seorang ahli Parlimen BN, dengan mengatakan "keras kepala gulingkan aje" merujuk kepada Tan Sri Khalid yang dilihat berdegil dan tidak bersetuju dengan projek Langat 2. Tan Sri Khalid menjawab "Tidak, ini bukan keras kepala kerana nak curi duit rakyat. Ini keras kepala lain, bukan keras kepala seperti saudara dari Umno, ini keras kepala nak jaga duit rakyat". Saksikan perbahasan seterusnya bagaimana Tan Sri Khalid dibuli oleh MP Barisan Nasional yang enggan mendengar penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam video di bawah ini. Kesian Tan Sri Khalid, beliau dibuli oleh Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat gara-gara mahu mempertahankan dan menjaga duit rakyat Selangor yang diamanahkan kepadanya. ReJaM© "Rakyat Selangor akan terus bersama dan menyokong pemimpin yang amanah..." |
| Isu kuil, MP BN, Kamalanathan bongkar kebodohan MIC Posted: 30 Oct 2012 07:39 PM PDT MINGGU lalu parti komponen Barisan Nasional, MIC cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India apabila mengadakan satu demonstrasi di kuil Batu Caves, membantah pembinaan kondominium mewah 29 tingkat berhampiran kuil. Demonstrasi sekitar 300 kaum India yang turut disertai oleh bekas Presiden MIC, Samy Vellu itu diadakan sebagai protes kepada Kerajaan Selangor kerana meluluskan pembinaan kondominium mewah yang dikatakan akan menjejaskan struktur Kuil Batu Caves. Sebelum itu, sebuah NGO kaum India pro Barisan Nasional, Nambikkai telah membuat laporan Polis kerana menurut mereka kononnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa meluluskan pembinaan kondominium tersebut. Namun gara-gara marahkan Ronnie Liu yang dikatakan cuba mengaitkan dirinya dengan kelulusan kondominium itu, P Kamalanathan Ahli Parlimen Barisan Nasional Hulu Selangor telah mendedahkan perkara sebenar. Beliau mendedahkan bahawa kelulusan projek kondominium mewah 29 tingkat itu sebenarnya telah diluluskan tahun 2007. Kalau kita lihat, semasa 2007 Negeri Selangor masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional. Jelas secara tidak sengaja, P Kamalanathan telah mengkantoikan kebodohan MIC yang cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India. Jelaslah bahawa, projek kondominium itu sebenarnya diluluskan oleh Barisan Nasional. ReJaM© "Ayooo sendiri luluskan sendiri bantah ka? Kah kah kah... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.