Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Banner Program Merdeka Rakyat dikoyak-koyakkan

Posted: 27 Oct 2012 11:50 AM PDT

BANNER program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Anwar Ibrahim dikoyak koyakkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Kalau kita lihat, di sebelah banner ini masih tergantung kemas dan tidak diapa-apakan sebuah banner dengan logo 1 Malaysia.

Kita faham, tindakan ini merupakan satu perbuatan sabotaj terhadap program Merdeka Rakyat. Ini berikutan maklumat tentang lokasi, masa dan tarikh program Merdeka Rakyat yang tercatat di atas banner sudah tidak dapat dibaca.

Bila maklumat yang tertulis di atas banner sudah tidak dapat dibaca, maka penggantungan banner ini yang bertujuan mengajak orang ramai menyertai program Merdeka Rakyat menjadi sia-sia.

Maka persoalannya tangan siapakah yang melakukan perbuatan khianat ini?



Sent from my BlackBerry®

Samseng sudah diupah untuk ganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat?

Posted: 27 Oct 2012 05:53 AM PDT

SALAH seorang sahabat hari ini mengirimkan satu mesej ringkas melalui BBM (Blackberry Messengger) mendakwa program jelajah Merdeka Rakyat malam ini dan esok akan diganggu oleh samseng upahan.

Beliau meminta para penyokong Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam program tersebut bagi memberikan sokongan.

Maklumat ini tidak dapat disahkan sejauh mana kebenarannya. Namun kalau kita lihat sebelum ini sudah berulang kali program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Dato Seri Anwar Ibrahim diganggu oleh kumpulan samseng.

Lihat sajalah kejadian di Melaka sebelum ini. Kumpulan samseng begitu berani melontar cat merah kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat malah perbuatan itu dilakukan di hapadan perisik polis (SB).

Buktinya, semasa kejadian cat dibaling kepada bas Merdeka Rakyat di Melaka, si pelaku tidak ditahan, namun tidak lama kemudian di lokasi yang sama pengiring Anwar Ibrahim ditahan kerana dituduh mengacukan pistol.

Meskipun wajah samseng yang melontarkan cat itu sudah disiarkan dan diketahui identitinya, namun sehingga kini dia masih bebas. Maka jelas sekali tidak mustahil samseng-samseng seperti ini akan bertindak lebih berani selepas ini kerana konco mereka sebelum ini masih bebas.

Lihat video di bawah.


Nampak sangat SB Polis memang awal-awal sudah ada di lokasi tempat kejadian, menyaksikan semua perkara yang berlaku. Namun hanya pengiring Anwar yang ditahan, samseng baling cat merah dibiarkan bebas.

Sent from my BlackBerry®

Bekalan haiwan korban tidak mencukupi bukti NFC hanya menghabiskan wang rakyat

Posted: 26 Oct 2012 03:58 PM PDT

HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.

Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.

Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.

Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.

Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.

Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.

ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.

Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.

RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno?

Sent from my BlackBerry®









0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger