Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bekas menteri kaki mabuk raba punggung wanita rupanya orang kanan Najib

Posted: 24 Oct 2012 01:27 AM PDT

LIHAT wajah lelaki ini baik-baik, siapa tak kenal dengan bekas menteri bernama Jamaluddin Jarjis yang pernah dilaporkan kepada polis kerana meraba punggung pelayan wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



Dalam satu kejadian di Kelab Havana Hotel Meridien, ketika seorang pelayan wanita sedang menghidangkan arak untuk Jamaluddin Jarjis. Dalam keadaan mabuk Jamaluddin telah memegang tangan wanita itu.

Wanita itu telah memarahinya, namun Jamaluddin bertindak mengekori pelayan wanita itu dari belakang dan meraba punggungnya. Laporan Polis sudah dibuat pada 19 April 2008.

Kertas siasatan kes raba punggung terhadap Jamaluddin Jarjis telah disiapkan oleh pihak polis dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan. Di bawah ini pengakuan Ketua Polis, Kuala Lumpur sila tonton.


Namun sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil. Malah Najib telah melantik Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat. Sudah sampai peringkat pendakwaan, namun tiba-tiba dibatalkan.

Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dalam dewan rakyat pada 2010. Karpal mempersoalkan mengapakah Jamaluddin Jarjis sehingga kini tidak didakwa?

Jika wanita yang membuat laporan Polis itu berbohong, wanita itu boleh didakwa kerana membuat laporan palsu. Namun kedua-dua tindakan ini tidak berlaku.

Akhirnya barulah kita faham, rupa-rupanya bekas menteri kaki mabuk dan gersang ini adalah orang kanan Najib Razak. Perkara ini didedahkan oleh Wartawan Sinar Harian Mohd Izzatul Izuan.



Dalam satu laporan di Sinar Harian, Jamaluddin dilaporkan sebagai antara nama yang disebut sebagai calon paling sesuai menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob selain dianggap sebagai orang paling rapat dengan Perdana Menteri.

Difahamkan Jamaluddin yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan sudah tentu menjadi orang kepercayaan Najib untuk menduduki jawatan nombor satu di peringkat Negeri itu.

Jamaluddin yang pernah 'direhatkan' (kerana kes raba bontot) dalam barisan kabinet kerajaan selepas PRU12 bagaimanapun diberi kepercayaan semula oleh Najib pada 4 Ogos 2009 sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

ReJaM© "Penjenayah cabul dan kaki mabuk dilepaskan kerana rapat dengan Perdana Menteri, no wonder "

Nak tahu lebih banyak kisah pasal bekas menteri yang gersang dan kaki mabuk ini sila klik sini [ASD]

Tuduhan Tan Sri Sanusi Jonid tidak berasas - KEADILAN

Posted: 23 Oct 2012 10:46 PM PDT

KENYATAAN bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggagalkan agenda Melayu ketika memegang jawatan Menteri Kewangan adalah tidak berasas sama sekali.
 
Menurut Sanusi ketika sebuah forum ekonomi Melayu semalam, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin cuba 'meniru' dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu.
 
Namun Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan bukan Melayu - Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
 
Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin.
 
Daim dikatakan memiliki 14.8% AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd. Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd.
 
Hubungan AFG dan Daim bermula sejak 1982 lagi apabila beliau membeli Malaysian French Bank. Malaysian French Bank kemudian dinamakan Multi-Purpose Bank. Pada 1997, Langkah Bahagia membeli saham di dalam Hock Hua Bank (Sabah). Salah seorang pemilik saham Langkah Bahagia, Mohd Nasir Ali mengumumkan bahawa beliau bertindak bagi pihak Daim.
 
Hock Hua Bank kemudian ditukar nama menjadi International Bank Malaysia Berhad dan digabungkan bersama Multi-Purpose Bank serta enam lagi syarikat kewangan untuk menjadi AFG.
 
Mungkin agenda Melayu yang dimaksudkan Sanusi adalah untuk menjaga kepentingan saham kroni-kroni UMNO-BN seperti bagaimana Petronas ditekan untuk menyelamatkan syarikat milik anak Mahathir, Mirzan iaitu Konsortium Perkapalan Berhad sewaktu krisis ekonomi 1997 dengan harga melebihi kadar pasaran. Namun yang menghalang usaha tersebut ialah Anwar. 
 
Nyata sekali kenyataan Sanusi adalah fitnah semata-mata yang tidak berasas. Ketaksuban beliau di dalam menyerang Anwar dan mempertahankan Mahathir dan Daim membuatkan beliau tidak nampak penyelewengan ekonomi yang telah menjadikan rakyat Malaysia umumnya dan Melayu umumnya sebagai mangsa.
 
NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT



Sent from my BlackBerry®

Surat Ringkas buat Chua Soi Lek

Posted: 23 Oct 2012 10:36 PM PDT

HARI ini bicara Hudud kembali hangat semula di media dengan kenyataan kurang beradab seorang makhluk Allah bernama Chua Soi Lek.

Kepada Encik Chua Soi Lek, kami menawarkan kepada anda dua pilihan; sama ada anda berhenti bercakap pasal agama lain, atau jika anda mahu juga bercakap mengenai agama lain lebih-lebih lagi Islam, anda duduk belajar mengenai agama Islam dengan ulama'-ulama' kami.

Anda perlu faham, anda sebenarnya seorang yang masih jahil bab hukum hakam Islam. Lihatlah sahaja bagaimana Encik Lim Kit Siang membalas kenyataan anda.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14092-perjanjian-syaitan-umno-dan-mca-untuk-kekal-kuasa

Kenyataan anda semakin hari semakin pelik. Anda mendakwa Islam membenarkan wanita bukan Islam yang tidak menutup aurat dirogol oleh orang Islam. Dari mana anda belajar?

Bahkan anda tahu atau tidak apa yang dimaksudkan dengan aurat atau ketika kod pemakaian Islam?

Jika anda tidak tahu, silakan baca artikel ini terlebih dahulu. Jika anda masih tidak faham istilah-istilah yang digunakan, tidak mengapa kami akan cuba terangkan. Kami akan terangkan dengan penuh beradab dan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita.

http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=98&Itemid=1

Sekarang bukan soal anda dari parti mana. Kami di peringkat mahasiswa sentiasa jelas dengan pendirian kami, tidak kira parti mana, jika ianya menghina sensitiviti agama Islam mahupun agama lain, anda wajib ditegur.

Anda mesti mahu mendapat penjelasan mengapa PAS begitu bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud bukan?

Sebelum itu anda masih mengerti atau tidak apa yang dimaksudkan dengan hudud menurut perspektif Islam? Sudah dengar penjelasan pimpinan PAS? Adakah bezanya hudud PAS dengan hudud sebenar yang digariskan dalam Islam?

Kalau masih belum mengerti, di sini kami sertakan link mengenai penjelasan di sekitar 'hudud PAS'.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/5836-nota-mudah-memahami-hukum-hudud-siri-1

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/200-hudud-di-antara-tahu-dan-mahu

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/179-perundangan-islam-utamakan-mencegah-bukan-menghukum

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/174-hukum-mengatakan-perundangan-hudud-out-of-date

http://tarbawi.my/index.php/en/soal-jawab/hukum-feqh/161-hukuman-islam-terhadap-jenayah-rogol

Link yang kami sertakan ini semuanya diambil dari jaringan web kelolaan PAS.

Jangan melatah lagi, baca dulu, Encik Chua Soi Lek.

Jika anda masih perlukan penjelasan dan penerangan dengan lebih lanjut, kami sedia berjumpa menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut. Kita buat usrah sekali, anda mahu tanya seribu empat ratus enam puluh tiga soalan pun, kami akan cuba untuk jawab dengan penjelasan mendalam. Kami sediakan pakar-pakar yang terbaik buat anda!

____________________________________

Syafiq Kamil
Penerangan Ma'ruf Club

--
Ma'ruf Club
"Discover The Beauty Of Islam"



Sent from my BlackBerry®

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger