MiLo SuaM |
- Saudara baru dihalang gunakan nama Anwar selepas masuk Islam
- Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000
- Peserta demo mintak air percuma sebenarnya sudah dapat air percuma
- Kedai Rakyat 1 Malaysia jual makanan yang sudah tamat tempoh
- Fakta tentang air percuma Selangor yang perlu anda ketahui dan sebarkan
| Saudara baru dihalang gunakan nama Anwar selepas masuk Islam Posted: 11 Oct 2012 04:00 PM PDT BARU terima mesej (Direct Mesej) daripada Koordinator Jingga 13 Malaysia, saudara Fariz Musa melalui Twitter MiLo SuaM memaklumkan bahawa beliau ada bertemu seorang saudara baru (muallaf) yang dihalang menggunakan nama Anwar. Difahamkan menurut Fariz, saudara baru ini telah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP. Apabila diminta untuk memilih nama barunya setelah memeluk Islam, beliau telah memilih nama Anwar. Difahamkan juga, saudara baru ini memberitahu bahawa beliau mulai tertarik dengan Islam apabila sering mengunjungi rumah Anwar Ibrahim dan melihat Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu menunaikan solat berjamaah. Bagaimanapun, Pihak Jabatan Agama Islam Pahang dikatakan tidak membenarkan beliau menggunakan nama Anwar, sebaliknya memberikan beliau nama Adnan dan nama itulah yang beliau gunakan sehingga ke hari ini sejak memeluk Islam. Hidayah itu milik Allah, siapa sahaja yang dikehendaki olehNya akan diberi petunjuk, faktor tertarik kepada Anwar itu hanyalah asbab. Namun tindakan menghalang saudara baru ini memeluk Islam dilihat tidak wajar dan bermotifkan politik. Bagaimanapun, ReJaM© akan membuat satu sesi rakaman temubual ekslusif bersama Adnan selepas ini untuk mendapatkan penjelasan beliau tentang perkara ini. ReJaM© " Takutnya dengan Anwar, nak pakai nama Anwar pun tak boleh? " |
| Ahli Parlimen BN Sabak Bernam dipenjara 6 tahun dan denda RM400,000 Posted: 11 Oct 2012 09:46 AM PDT MAHKAMAH di Shah Alam hari ini menolak rayuan Ahli Parlimen BN Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pegawai khasnya. Ini bermakna hukuman penjara selama 6 tahun serta denda sebanyak RM400,000 yang dijatuhkan ke atas beliau dan pembantunya pada 1 Mac lalu kekal. Ahli Parlimen Barisan Nasional itu sebelum ini disahkan bersalah oleh mahkamah atas kesalahan membuat 8 tuntutan palsu sebanyak RM80,000 empat tahun lepas. Program tak buat tapi mohon duit "claim". Hakim juga menolak rayuan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara. Ini bermakna bermula malam ini, dia akan tidur di penjara bersama pegawai khasnya. Difahamkan Ahli Parlimen BN itu melakukan aktiviti mencuri wang rakyat ketika bertugas sebagai Adun Sungai Tawar manakala pembantunya pula turut bersubahat. Hakim mendapati wang yang diterima tidak digunakan untuk program-program seperti dalam tuntutan, sebaliknya untuk kegunaan sendiri. ReJaM "Ini anak bilis je ni, bapak jerung tengah makan kacang sambil tengok TV kah kah kah" Sent from my BlackBerry® |
| Peserta demo mintak air percuma sebenarnya sudah dapat air percuma Posted: 10 Oct 2012 11:51 PM PDT PENGHUNI flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya sebenarnya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas lagi. ![]() Dakwaan sebuah NGO pro Umno di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha. Rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). "Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma" tambahnya lagi. ReJaM© akan cuba dapatkan dokumen bukti daripada Adun tersebut untuk membongkar kerja gila tak masuk akal NGO yang patut dihantar ke hospital gila ini. ReJaM© "Kalau nak berdemo carilah orang yang belum dapat air percuma kah kah kah... " Sumber : Selangorku |
| Kedai Rakyat 1 Malaysia jual makanan yang sudah tamat tempoh Posted: 10 Oct 2012 09:36 PM PDT TERNYATA banyak dakwaan yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual barang makanan tidak berkualiti terbukti benar. Pelbagai kes sudah dilaporkan di akhbar tempatan berkenaan produk 1 Malaysia yang tidak berkualiti sebelum ini. Malah baru-baru ini Utusan Malaysia ada melaporkan kes 83 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar Johor yang mengalami keracunan makanan akibat mememinum susu kotak 1 Malaysia. Terbaru salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan email mendedahkan bagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia di kawasan tempat tinggalnya menjual biskut yang sudah hampir tamat tempoh. Malah ketika artikel ini ditulis biskut tersebut sudah pun tamat tempoh. Beliau turut mengirimkan beberapa keping gambar sebagai bukti. Rujuk gambar-gambar di bawah ini. Gambar ini diambil di salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia, KR1M yang menempatkan deretan produk biskut yang dibungkus dengan pek 1 Malaysia. Lihat di dalam gambar di bawah, difahamkan deretan biskut-biskut yang sudah tidak laku dan hampir tamat tempoh ini dijual dan dipamerkan dalam salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia. Persoalan yang ditimbulkan oleh pengirim, mengapakah biskut seperti ini dijual sedangkan ia tinggal sehari dua untuk tamat tempoh. Malah ia juga dijual dengan harga normal. "Kalau saya beli hari ini, ataupun ada insan malang tak perasan terbeli biskut ini macam mana nak simpan? Takkan nak habiskan biskut dalam masa sehari?" tulis kiriman email itu lagi. Jika anda biasa ke pasaraya besar seperti Tesco, biasanya produk yang hampir tamat tempoh seperti ini akan diletakkan di satu ruangan "reduce to clear" (harga murah untuk penghabisan stok). Namun produk ini nampaknya dijual pada harga normal. ReJaM© "Inikah namanya kedai Rakyat? Barang tidak berkualiti dijual kepada rakyat? " |
| Fakta tentang air percuma Selangor yang perlu anda ketahui dan sebarkan Posted: 10 Oct 2012 06:18 PM PDT SEJAK diperkenalkan pada Jun 2008, secara purata setiap bulan seramai 1.2 juta isi rumah yang menggunakan meter individu telah menerima air percuma 20 meter padu bernilai RM11.70 sebulan. Disebabkan proses penukaran meter pukal kepada meter individu oleh SYABAS, amat tidak memuaskan, kerajaan negeri telah melancarkan beberapa usaha untuk membantu rakyat mengatasi masaalah penukaran meter. Sekitar 92% pemilik pangsapuri kos rendah telah menikmati air percuma melalui Skim Rebet Air Percuma (SAFWA) dan skim itu juga telah ditambah baik menerusi program "Lapor dan Dapat". Pangsapuri kos rendah yang tercicir boleh terus mendaftar di Unit Pesuruhjaya Bangunan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mebuat tuntutan secara terus melalui SYABAS. Sejak Julai 2010 sehingga 2012, lebih RM6 juta telah dibelanjakan untuk air percuma kepada penghuni pangsapuri kos rendah. Pemilik pangsapuri bukan kos rendah boleh memohon daripada SYABAS untuk proses migrasi dari meter pukal kepada meter individu. Namun terdapat banyak aduan di mana proses pertukaran yang rumit oleh SYABAS melengahkan pertukaran tersebut. Oleh itu kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan-pasukan khas untuk membantu mempercepatkan dan melancarkan proses migrasi meter ini. Kini, 29,318 unit pangsapuri bukan kos rendah telah bertukar kepada meter individu. Jika anda menghadapi masaalah untuk menerima air percuma sila hubungi 1800-88-2824 Disediakan oleh: Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor ReJaM© "Sila baca dan sebarkan... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.