Home » » MiLo SuaM

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Najib jadi hero di Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri

Posted: 10 Oct 2012 05:48 AM PDT



SINGGAH sekejap rumah sahabat, sampai-sampai je kebetulan diorang tengah layan Buletin Utama di TV3. Rejam pun terpaksalah layan. Elok jugalah boleh tengok propaganda apa yang disiarkan oleh TV3 hari ini.

TV3 sedang menyiarkan ucapan Najib Razak di dalam Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri. Agak melucukan bila Najib kata beliau sedia mendengar pandangan mahasiswa meskipun tidak selari dengan pendirian kerajaan.

Dalam masa yang sama video #TanyaNajib di YouTube yang dimuat naik melalui akaun beliau tidak dibenarkan untuk pengunjung memberikan ulasan (ditapis). Malah sistem rating pun sudah dibuang (rujuk artikel sebelum ini).

Ini namanya cakap tak serupa bikin, sistem rating YouTube pun Najib tak berani nak hadap, tak berani terima kenyataan apabila videonya sebelum ini menerima puluhan ribu dislikes, apa lagi nak terima pandangan berbeza dari anak muda?

Tambah melucukan, sebelum ini Najib kata debat bukan budaya kita, tapi hari ini beliau jadi hero berucap di Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri. Dia sendiri tak berani sahut cabaran debat yang sudah lebih 10 kali dilontarkan oleh Anwar Ibrahim.

Malunya rakyat dapat Perdana Menteri selemah ini.


Sent from my BlackBerry®

Kertas putih kutipan hutang Talam akan diedarkan kepada umum

Posted: 10 Oct 2012 04:35 AM PDT

KERTAS Putih mengenai kutipan hutang Talam telah diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri Selangor bersama-sama dengan laporan audit oleh KPMG dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan pembayaran hutang oleh Talam kepada kerajaan negeri.
 
Kertas putih ini akan dihebahkan kepada umum selepas dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor selewat-lewatnya pada 19 November depan. Orang ramai yang berminat untuk melihat dokumen ini perlu memohon kepada pejabat Dewan Negeri Selangor selepas ia dibentangkan.
 
Sementara itu, siri jelajah penerangan mengenai hutang Talam ke seluruh negeri akan bermula Sabtu ini, 13 Oktober di Kajang.  Siri jelajah ini  diadakan secara serentak pada setiap malam Sabtu yang mana empat jurucakap rasmi yang dilantik kerajaan negeri akan berada di tempat berbeza untuk menyampaikan pembentangan.
 
Kerajaan berharap agar rakyat Selangor yang masih belum memahami isu Talam ini menghadiri sesi penerangan ini untuk mendapatkan maklumat yang betul dan tepat.  Pembentang akan menerangkan dari awal hutang ini terjadi sehinggalah kaedah yang digunakan untuk mengutip kesemua hutang RM392 juta.
 
Kita akan menerangkan juga bagaimana hasil kutipan ini dikembalikan semula kepada rakyat Selangor menerusi program-program di bawah Geran Selangorku terutamanya  membaiki infrastruktur dan kemudahan asas lain.
 
Dalam perkembangan lain, saya masih menunggu perkenan DYMM Sultan Selangor berhubung cadangan mengadakan sidang khas dewan sebelum 19 November.  Sekiranya cadangan ini mendapat perkenan DYMM Sultan, kita akan bentangkan kertas putih mengenai kutipan Talam pada sidang khas ini bersama-sama dengan satu kertas putih mengenai penstrukturan semula air.
 
Kertas putih penstrukturan semula air ini mengandungi segala dokumen hasil perbincangan dengan kerajaan Pusat dan segala surat menyurat yang menunjukkan kerajaan negeri amat komited untuk mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.
 
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, satu laporan mengenai Program Pendemokrasian "Selangorku Bersih" juga akan dibentangkan pada sidang khas dewan ini.
 
Selepas pembentangan ini, kerajaan negeri akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hasil kajian yang menemui 110,000 nama pengundi yang diragui dan gagal dikesan.
 
TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR



Sent from my BlackBerry®

Utusan Malaysia guna anak penjajah British lawan Mat Sabu di mahkamah

Posted: 09 Oct 2012 09:40 PM PDT

KITA sedia maklum bahawa British telah menjajah negara ini selama berpuluh tahun. Namun jika kita tanya mereka, mereka tidak akan mengaku menjajah sebaliknya mereka mendakwa telah membawa pembangunan kepada Tanah Melayu.

Namun hakikatnya, hasil bumi Tanah Melayu disonglap dan dibawa pulang untuk memakmur dan dinikmati oleh rakyat di negara mereka. Siapa sahaja yang menentang mereka akan dikenakan tindakan kejam, dihukum, dipancung dan sebagainya.

Kesimpulannya kalau nak tanya tentang sejarah, jangan tanya orang British kerana mereka akan condong untuk mempertahankan tindakan nenek moyang mereka. Jangan lupa, sejarah ditulis oleh orang yang menang.

Namun apa yang mengejutkan, Utusan Syaitan sanggup menggunakan anak penjajah British untuk mempertahankan mereka di mahkamah berhubung kes saman Mat Sabu ke atas akhbar yang kerap kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu.



Tanya anak penjajah British sudah tentulah mereka akan kata Mat Indera itu orang jahat sebab lawan askar British, lawan askar yang setia kepada nenek moyang mereka kah kah kah...

ReJaM© "Tak ada ke pakar sejarah tempatan yang boleh dijadikan saksi? "

Associated Press, AP dikritik hebat akibat siar gambar menghina calon presiden Amerika

Posted: 09 Oct 2012 07:14 PM PDT

PORTAL berita berpengaruh antarabangsa Associated Press, AP dikritik hebat gara-gara menyiarkan gambar yang didakwa menghina calon presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney.

Gambar calon presiden yang sedang membongkok sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak yang sedang ternganga di belakangnya menjadi topik hangat dibualkan di internet terutama dalam forum-forum terkenal dan laman sosial facebook.



Gambar itu diambil ketika lawatan Romney ke salah sebuah sekolah rendah di dalam kempennya bagi menghadapi pilihanraya presiden di Fairfield Elementary School.

foxnews.com memetik kenyataan pensyarah senior daripada Penn State's College of Communications melaporkan:

"Di dalam foto ini, selain ia kelihatan lucu, AP tentu sekali sedar apa yang difikirkan oleh pembaca. Ia bukan satu berita yang sah. AP tahu pembaca akan tergelak dan membayangkan apa yang dilihat oleh kanak-kanak itu, dan ia membuatkan Romney kelihatan bodoh"

foxnews.com turut memetik kenyataan Stephen Ward, Pengarah Center for Journalism Ethics daripada University of Wisconsin-Madison yang berpendapat foto tersebut tidaklah begitu keterlaluan namun menyedari ia terdedah kepada eksploitasi.

Setengah pihak pula dikatakan ada yang melemparkan tuduhan bahawa ini merupakan taktik kotor penyandang jawatan Presiden Amerika, Barack Obama di dalam menjatuhkan kredibiliti lawannya menjelang pemilihan presiden tidak lama lagi.

ReJaM© "Apa pun ia jauh lebih baik daripada media di Malaysia yang sanggup menyiarkan video dan gambar lucah untuk meraih sokongan rakyat... "

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger