Home » » Jawapan MITI Mengecewakan: Skim Graduan Membeli Kereta Lebih Membebankan Orang Muda

Jawapan MITI Mengecewakan: Skim Graduan Membeli Kereta Lebih Membebankan Orang Muda

Sent from my BlackBerry®

From: Parlimen KEADILAN <parlimenkeadilan@gmail.com>
Date: Thu, 25 Oct 2012 17:53:27 +0800
To: ooi heng<ooiheng@gmail.com>
Subject: [Kenyataan Media KEADILAN] Jawapan MITI Mengecewakan: Skim Graduan Membeli Kereta Lebih Membebankan Orang Muda


JAWAPAN MITI MENGECEWAKAN: SKIM GRADUAN MEMBELI KERETA LEBIH MEMBEBANKAN ORANG MUDA

Jawapan Dato' Mustapha Mohamad bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais sudah dijangkakan. Namun, kenyataan beliau di Dewan Rakyat semalam bahawa skim-skim pembiayaan yang ditawarkan kepada graduan dan siswazah boleh membantu meringankan bebanan harga kereta yang mahal memberi gambaran yang salah dan berbahaya.

 

Institusi kewangan di Malaysia memang menawarkan pakej pembiayaan kereta tanpa sebarang cagaran untuk tempoh 10 tahun, khusus untuk graduan baru dan siswazah yang masih menuntut. KEADILAN berpendapat bahawa langkah ini sebenarnya menambah keberhutangan rakyat Malaysia dari umur yang begitu muda.

 

Masalah pokok bebanan bayaran ansuran kereta yang tinggi adalah cukai eksais dan cukai-cukai lain yang dikenakan sehingga mencecah 100%. Kaedah pencukaian secara sembunyi yang digunapakai Umno/Barisan Nasional selama ini menyebabkan rakyat terpaksa berhutang dalam tempoh masa yang panjang untuk membayar cukai kepada kerajaan.

 

Memanjangkan tempoh pinjaman untuk memberikan gambaran bahawa harga kereta lebih murah adalah satu langkah tidak menyelesaikan masalah, malah makin membebankan kerana terpaksa membayar faedah bagi tempoh yang lebih panjang.

 

Perbandingan berikut yang dibuat bagi 5 kereta utama yang sering dibeli oleh golongan muda menunjukkan perbezaan di antara cadangan Pakatan Rakyat yang menurunkan harga dengan menghapuskan cukai dan reaksi Barisan Nasional yang memanjangkan tempoh berhutang:


 

 

Proton Saga

Perodua MyVi

Proton Preve

Toyota Vios

Honda City

Harga atas jalan

42,000

56,000

62,000

74,000

85,000

Kadar faedah sewa beli

2.8%

2.8%

2.8%

2.5%

2.5%

Jumlah faedah dibayar

11,760

15,680

17,360

18,500

21,250

% faedah dibayar berbanding harga (termasuk cukai eksais)

28%

28%

28%

25%

25%

Ansuran bulanan

448

597

661

771

885

Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)

500

500

500

500

500

% ansuran dari gaji purata RM1,800

25%

33%

37%

43%

49%

% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800

53%

61%

65%

71%

77%

 

Harga kereta tanpa cukai eksais

 

% cukai yang dikenakan

85%

85%

85%

85%

85%

Harga atas jalan tanpa cukai eksais

22,703

30,270

33,514

40,000

45,946

Jumlah faedah dibayar

6,357

8,476

9,384

10,000

11,486

Ansuran bulanan

242

323

357

417

479

Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)

500

500

500

500

500

% ansuran dari gaji purata RM1,800

13%

18%

20%

23%

27%

% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800

41%

46%

48%

51%

54%

 

Penjimatan bulanan (RM)

206

274

304

354

407


(Perbandingan dibuat berdasarkan gaji purata RM1,800, pinjaman 10 tahun tanpa cengkeram)

 

Berdasarkan perbandingan tersebut:

 

§  Graduan muda terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya separuh dari gaji (53%) untuk menanggung ansuran kereta dan kos kereta, dibawah dasar kereta Umno/Barisan Nasional

§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda menjimatkan 50% dari bayaran ansuran kereta yang ditanggung berbanding sekarang (contoh: Proton Saga ansuran RM242 berbanding ansuran RM448)

§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda berpendapatan RM1,800 sebulan paling kurang akan menjimatkan RM206 sebulan, bersamaan dengan kenaikan gaji 12%

§  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, harga Proton Saga hanyalah RM22,703

 

KEADILAN tetap dengan pendirian bahawa menghapuskan cukai eksais adalah cara terbaik mengurangkan beban orang muda di samping menambahbaik industri automotif Malaysia, bukannya dengan menggalakkan orang muda berhutang dengan lebih lama.

 

Jawapan Dato' Mustapha Mohamad hanyalah alasan tanpa memberi sebab sebenar kenapa Umno/Barisan Nasional menolak cadangan ini.

 

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 

25 OKTOBER 2012 




--

Best regards, 

Ooi Heng

Parliamentary Research Head

KEADILAN Parliamentary Research Unit 

Office of the Leader of the Opposition

Level 14, Tower Block

Parliament of Malaysia

Kuala Lumpur.

Email: ooiheng@gmail.com

 

Save a tree. Don't print this e-mail unless it's really necessary.


0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Hubungi : Facebook | Twitter | BBM pin 28CDCD2A
Copyright © 2012. lipasmalas - All Rights Reserved under Common Creative Attribution
Template Modify from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger