MiLo SuaM |
- Terbongkar! Warga asing boleh dapat MyKad dalam 3 bulan
- Blogger Umno dedahkan gambar skandal VVIP Pulau Pinang
- Di semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik
- Beberapa pemimpin kanan BN Sabah sertai KEADILAN minggu depan
| Terbongkar! Warga asing boleh dapat MyKad dalam 3 bulan Posted: 30 Sep 2012 02:08 PM PDT KERATAN printscreen di bawah merupakan laporan versi online sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur, Daily Express yang dipetik daripada laman sesawang rasmi akhbar itu [Daily Express]. Portal itu melaporkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran apabila beliau menerima kad pengenalan (MyKad) berwarna merah sedangkan beliau adalah warganegara Malaysia yang sah. Namun apa yang ingin dipersoalkan di sini bukanlah tentang kekecewaan beliau itu, sebaliknya berkaitan dakwaannya bahawa "warga asing di Keningau boleh memperolehi MyKad hanya dalam masa tiga bulan". Dakwaan beliau bukanlah sekadar dakwaan kosong kerana wajah dan namanya sudah terpampang di dalam sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur. Perkara ini wajib disiasat, dan jika ia merupakan dakwaan palsu tindakan perlu diambil. Buat pengetahuan anda semua, artikel ini hanyalah sekadar "pemanas badan" sebelum tembelang lebih besar dengan bukti kukuh tentang penipuan pilihanraya akan didedahkan sebentar lagi. MiLo SuaM akan mendedahkan bagaimana warga asing dibenarkan mengundi hanya dengan menggunakan kad pengenalan yang sudah disahkan palsu oleh mahkamah. Barangkali anda sudah terbaca berita ini sebelum ini, namun apa yang didedahkan itu kes lain. Sebaliknya apa yang bakal ReJaM© dedahkan pukul 9.00 pagi ini kes terbaru beserta bukti kukuh yang tidak dapat disangkal. ReJaM© "Sila kembali ke blog ini pada pukul 9.00 pagi ini... " |
| Blogger Umno dedahkan gambar skandal VVIP Pulau Pinang Posted: 30 Sep 2012 10:12 AM PDT BLOGGER United Malays No Otak, Umno kembali dengan cerita lucah terbaru untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sekaligus menarik sokongan rakyat kepada Umno. Kali ini blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan gambar skandal kononnya VVIP dari Pulau Pinang. Setakat ini blogger tersebut menutup wajah VVIP yang dimaksudkan. Blogger itu mendakwa VVIP yang tersebut adalah pemimpin yang beperwatakan alim dan juga berimej islamik dan warak dari Pulau Pinang. Sebenarnya "modus operandi" blogger ini membuat fitnah lebih kurang sama dengan fitnah salah seorang kawan mereka sebelum ini yang mendedahkan gambar aksi seks kononnya pemimpin pas rujuk sini [aksi seks pemimpin pas]. Sebelum fitnah blogger gila ini diteruskan, ada baiknya ReJaM© dedahkan lebih awal siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh mereka itu. Sebenarnya mereka cuba memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Gambar yang ditutup itu sebenarnya gambar Lim Guan Eng. Jika mereka meneruskan fitnah ini, lebih banyak bukti untuk membongkar fitnah akan didedahkan. ReJaM© "Umno dan lucah bagaikan taik dan kentut... " |
| Di semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik Posted: 29 Sep 2012 10:30 PM PDT AGAK mengejutkan, sebelum ini kita sangkakan hanya di Malaysia Timur sahaja ada penduduk yang masih tidak menerima bekalan elektrik, terutama Negeri Sabah yang juga merupakan negeri paling miskin di Malaysia. Rupa-rupanya di Negeri Perak, Kampung Matang 36, daerah Kerian, ada juga keluarga yang sudah 40 tahun tidak menikmati bekalan elektrik. Malah sehingga kini hanya mampu berharap. ![]() Kali ini sekali lagi slogan "Rakyat didahulukan" ternyata sekadar menjadi retorik politik. Apa tidaknya, bil elektrik kediaman Perdana Menteri dan timbalan, mencecah RM10.3 juta, tapi penduduk ini bekalan elektrik pun tak dapat. Di bawah ini petikan Hansard Parlimen, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berhubung kediaman Perdana Menteri dan timbalannya, . ![]() ReJaM© "Ini bil elektrik rumah ke Zoo?" |
| Beberapa pemimpin kanan BN Sabah sertai KEADILAN minggu depan Posted: 29 Sep 2012 05:59 PM PDT SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM© ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah]. Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu. "Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita," kata Azmin. Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah. Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN. Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN. ReJaM© "Patutlah Bajet 2013 tiada peruntukan khusus untuk Malaysia Timur... " |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.