MiLo SuaM |
- PAS Negeri Sembilan gesa kaji PBS, jangan bebankan guru
- Gara-gara tak pandai baca jawi, fitnah penyokong Umno terkantoi di situ
- Kontraktor AES menyamar jadi JPJ, laporan polis dibuat
- Pelakon Azhar Sulaiman mengaku telah murtad di facebook
PAS Negeri Sembilan gesa kaji PBS, jangan bebankan guru Posted: 20 Nov 2012 09:47 AM PST PAS memandang serius isu yang sedang melanda bidang pendidikan negara mutakhir ini dalam memastikan konsep Negara Berkebajikan PAS menjadi acuan yang dapat menyelesaikannya. Pendidikan harus dijadikan sebagai teras dalam Negara Berkebajikan malah dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya. Gesaan itu selari dengan isu yang sedang melanda pendidikan serta warga pendidik di negara ini setelah UMNO/BN membawa satu lagi dimensi songsang dalam wahana pendidikan negara dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sistem baharu tersebut umpama nanah yang sedang membarah dalam sistem pendidikan negara setelah 55 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah, perubahan berkenaan dasar pendidikan yang sering diubah. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan dasar itu bersifat 'market-drive' dan menanggung kerugiaan berbilion ringgit. Sebagai contoh, dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menelan belanja sehingga RM5.1 Bilion, namum keputusan tahap celik pelajar ketika mana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik hanya sebanyak 4% sahaja. PBS yang dilaksanakan pada tahun 2011 hanya berdasarkan penilaian kepada mata kasar guru sahaja. Hal ini mendapat bantahan daripada guru keraja segala tanggungjawab berkenaan peperiksaan dibebankan kepada guru. Setiap aspek seperti menggubal soalan, menyemak dan memasukkan data perlu dilakukan guru yang mengajar. Saya menyeru supaya penstrukturan semula perlu dibuat dengan kadar segera bagi meningkatkan kembali mutu pendidikan negara dari terus dimanipulasikan dengan pelbagai dasar yang tidak menguntungkan. PAS komited dalam memperjuangkan agenda menambah baik taraf hidup guru dengan penambahan elaun insentif sebanyak rm500 seperti dalam tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang wajar diberi kepada setiap guru demi meningkatkan lagi taap kredibiliti dan profesionalisme amnya. Nor Azman Mohamad Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan Sent from my BlackBerry® |
Gara-gara tak pandai baca jawi, fitnah penyokong Umno terkantoi di situ Posted: 20 Nov 2012 03:57 AM PST SALAH seorang dipercayai penyokong kuat United Malays No Otak, Umno dengan berbekalkan sebuah badge cuba memperlekehkan para perwakilan Parti Islam, PAS pada Muktamar PAS ke 58 tempoh hari melalui akaun facebook miliknya. Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perwakilan PAS pada Muktamar yang lalu dengan membeli 'Button' (badge) yang berharga RM5 ke RM10 dan dengan pembelian tersebut seseorang itu bebas berada dalam dewan sebagai perwakilan yang sah. Oleh itu menurutnya lagi Ahli PAS sepatutnya merasa malu kerana sesiapa sahaja termasuk dirinya boleh menjadi perwakilan yang sah dalam muktamar PAS, dengan hanya membayar RM5 hingga RM10 pembelian"button". ![]() Rupa-rupanya penyokong kuat Umno ini tidak pandai membaca tulisan jawi. Badge yang ditunjuk olehnya sebenarnya bertulis "pemerhati" bukannya "perwakilan". Tentu sekali siapa sahaja boleh menjadi pemerhati bebas di dalam muktamar PAS dengan membeli badge ini. ![]() Inilah hasil pemansuhan tulisan jawi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional sejak berdekad lamanya. Perlahan-lahan orang Melayu yang lantang berkokok membela Islam, membela Melayu, tapi baca tulisan jawi pun tak pandai. Kalau baca perkataan pendek bertulisan jawi seperti ini pun sudah "failed" apa lagi nak baca Al-Quran? ReJaM© "Buta huruf pun pandai nak sebar fitnah kah kah kah.... " Sumber gambar: [ASD] |
Kontraktor AES menyamar jadi JPJ, laporan polis dibuat Posted: 19 Nov 2012 11:38 PM PST BARANGKALI anda pernah melihat kenderaan berwarna jingga dengan logo Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ ini di jalan-jalan dan lebuhraya di seluruh Malaysia. ReJaM© sendiri pun tertipu menyangka kenderaan ini adalah kenderaan rasmi JPJ. Buat pengetahuan anda, ini sebenarnya kenderaan kontraktor perompak rakyat yang terlibat di dalam melaksanakan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) melalui kamera-kamera automatik yang dipasang di tepi-tepi jalan. ![]() Bagaimanapun, hari ini Ahli Parlimen Parti Islam, PAS saudara Mahfuz Omar telah membuat laporan polis berhubung penyamaran ini. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebentar tadi. Mereka membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya menggunakan warna dan logo JPJ. Di bawah ini salah satu gambar bukti penyamaran kontraktor AES yang berjaya dirakamkan dan dijadikan bukti untuk laporan Polis. ![]() Sudahlah rompak duit rakyat, menyamar pula seperti pihak berkuasa JPJ, betul-betul ikut perangai syaitan yang dikenali. ReJaM© "6 hari lagi anak muda akan tumbangkan semua kamera AES seluruh Selangor! " |
Pelakon Azhar Sulaiman mengaku telah murtad di facebook Posted: 19 Nov 2012 05:00 PM PST PELAKON Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya telah murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook milik beliau. Pengakuan itu dilihat untuk memerli Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad. Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau. Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli Umno terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik. ![]() Niat asalnya konon nak perli Tuan Guru Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook. ReJaM© "Hebat penangan fitnah Utusan, sampai ada yang mengaku telah murtad..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.