MiLo SuaM |
BN sedang bersiap sedia untuk laksanakan cukai baru GST Posted: 05 Oct 2012 06:00 PM PDT TEPAT seperti apa yang pernah diramalkan sebelum ini bahawa segala pemberian secara 'one-off' dalam bajet 2013 baru-baru ini hanyalah merupakan "gula-gula" yang ditabur kepada rakyat dan akan dikutip semula oleh Rejim Barisan Nasional. Rejim Barisan Nasional yang sudah puas mentekedarah duit rakyat selama lebih 50 tahun itu akan menggunakan jalan baru untuk memerah keringat rakyat. Lihat laporan Utusan Syaitan di bawah ini [Utusan Syaitan]. ![]() Utusan Syaitan memetik kenyataan Pengarah Eksekutif Tax Advisory sebagai berkata: "Kita tahu jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan kini sedang memberi taklimat dan latihan untuk tenaga kerja yang terlibat dalam pelaksanaan GST". Apakah maksud kenyataan ini? Untuk apa taklimat dan latihan ini giat dijalankan waktu ini? Ini maknanya, Rejim Barisan Nasional sudah bersiap sedia untuk melaksanakan cukai baru, Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST (Goods and Services Tax). Jika sistem cukai GST ini dilaksanakan kelak, maka setiap rakyat negara ini perlu membayar cukai kepada setiap barangan mahupun perkhidmatan secara terus kepada kerajaan. Dengan kata lain, apa sahaja barangan yang anda beli di negara ini sama seperti anda membeli KFC, McD dan lain-lain. Anda perlu menyediakan wang lebih untuk membayar cukai. Diharap pimpinan Pakatan Rakyat tumpukan kepada isu GST ini untuk menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa buaya-buaya Rejim Barisan Nasional yang sudah siap membuka mulut seluas-luasnya untuk membaham wang rakyat. Kerajaan yang bijak, berusaha untuk berniaga dan mencari keuntungan dari negara lain untuk dibawa pulang dan dinikmati oleh rakyat. Sebaliknya kerajaan yang tidak bijak, yang tiada idea, berusaha dan mencari jalan untuk menyeluk kocek rakyatnya sendiri dengan pelbagai alasan dangkal. ReJaM© "Tumbangnya BN maka tumbanglah cukai baru, GST!" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.