MiLo SuaM |
- Kenaikkan harga gula kurangkan pesakit kencing manis di Kelantan
- Najib gunakan Google Adsense untuk promosi #TanyaNajib
- Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi!
| Kenaikkan harga gula kurangkan pesakit kencing manis di Kelantan Posted: 01 Oct 2012 03:04 PM PDT TEMPOH hari Perdana Menteri, Najib Razak menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia apabila mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilo di dalam belanjawan 2013 dengan alasan kerana ramai pesakit diabetes (kencing manis) rujuk sini [Bajet 2013]. Namun apa yang memeranjatkan, Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan "Tok Pa" mengulangi alasan itu apabila diminta mengulas tentang kenaikkan harga gula. Bezanya Tok Pa tambah sikit, kenaikan harga gula akan mengurangkan bilangan pesakit kencing manis dalam kalangan penduduk di Kelantan [Sinar]. Benarlah kata orang pemimpin Barisan Nasional ni macam burung kakak tua, apa sahaja yang dikatakan oleh presiden parti, dia pakat ulang dan tiru. Apa sahaja yang disuruh oleh Najib mereka pakat setuju dan angguk macam burung belatuk. Sudah dua hari Najib Razak menjadi bahan gelak ketawa kerana alasan dangkalnya, Tok Pa masih tetap keluarkan alasan yang sama. Macamlah rakyat Kelantan tu semuanya senang ditipu macam budak sekolah tadika. ReJaM© "Najib Razak masuk longkang, Tok Pa menyelam dalam longkang... " |
| Najib gunakan Google Adsense untuk promosi #TanyaNajib Posted: 01 Oct 2012 06:07 AM PDT HARI ini ReJaM© menerima lebih sepuluh email meminta penjelasan mengapakah iklan #TanyaNajib boleh muncul di blog MiLo SuaM? Tambah lucu ada yang mempersoalkan sama ada MiLo SuaM sudah menerima bayaran daripada Barisan Nasional untuk mempromosikan iklan ini? Sebenarnya iklan yang muncul itu adalah iklan yang dikeluarkan oleh Google Adsense. Google Adsense merupakan produk pengiklanan yang sudah lama menjadi platform untuk perniagaan internet mempromosikan produk mereka. ReJaM© pula merupakan salah seorang "publisher" Google Adsense ini, di mana setiap klik iklan yang muncul di blog ini, hasil pendapatannya akan dikongsikan antara ReJaM© dan pihak google. Sebagai contoh jika Najib bayar RM0.10 untuk setiap klik, maka Google dapat RM0.05 dan ReJaM© dapat RM0.05. Iklan yang keluar ditentukan oleh pihak Google secara automatik, ReJaM© hanya perlu meletakka html code yang dibekalkan oleh mereka. Maka ReJaM© tiada kuasa untuk meminda kemunculan iklan-iklan ini. Najib bijak menggunakan sistem pengiklanan berbayar ini untuk mempromosikan program beliau, #TanyaNajib. Harap pemimpin Pakatan Rakyat juga berfikir ke hadapan seperti ini untuk mempromosikan program-program mereka. ReJaM© "Harap selepas ini jangan ada lagi yang salah faham... " |
| Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi! Posted: 01 Oct 2012 06:23 AM PDT LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011. Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan. http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu. "Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri" lapor keratan akhbar itu. Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu. Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya. Bagi memastikan kesahihan pendedahan ini silalah semak sendiri di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya sebelum mereka memadamnya untuk menghapuskan bukti penipuan ini klik sini [SPR]. ReJaM© "Lihat sendiri bagaimana negara kita digadai di depan batang hidung!" |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.